PUSAT SUMBER DIGITAL
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERTAM PERDANA
Pertandingan Video Menarik Rumah Sukan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERTAM PERDANA
APA ITU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
APAKAH DASAR PUSAT SUMBER SEKOLAH ?
Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
APAKAH OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH ?
Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis
Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah
Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
APAKAH PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat Ilmu
Pusat Penemuan
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
Pusat Pengajaran
Pusat Profesional
Pusat Hubungan Masyarakat
APAKAH FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
APAKAH JENIS-JENIS PERKHIDMATAN YANG TERDAPAT DI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan pengguna.
Sirkulasi bahan terdiri daripada:
Pinjaman biasa
Pinjaman khas
Pinjaman berkelompok
Sirkulasi bahan juga boleh dibuat antara PSS / perpustakaan awam melalui pinjaman antara perpustakaan (inter-library loan) bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
PERKHIDMATAN KHIDMAT NASIHAT / RUJUKAN
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :
Pemilihan bahan
Pencarian maklumat
Rekabentuk, pembinaan dan penggunaan bahan P&P
Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
PERKHIDMATAN KESEDARAN SEMASA
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.
Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :
Laman web sekolah / PSS
Keratan akhbar
Muka surat kandungan majalah
Bibliografi beranotasi
Senarai bahan terkini
Abstrak dan indeks bahan terpilih
Pangkalan data bibliografi sumber PSS
Pameran buku baru
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PENGGUNA
Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.
PERKHIDMATAN PAPAN / SUDUT MAKLUMAT
Akses kepada maklumat sekolah / PSS perlu disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik
PERKHIDMATAN PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT
Perkhidmatan ini perlu disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.
PERKHIDMATAN KEMUDAHAN BILIK / RUANG
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
Bilik Tayangan / Audio Visual / Multimedia
Pusat Akses Kendiri
Sudut Bercerita / Aktiviti
Sudut / Bilik Perbincangan
Bilik Rakaman