GALERI AKTIVITI
Welcome to KV Balik Pulau Digilib Corner. Feel free to join our telegram channel
GALERI AKTIVITI
BUKU BARU*
QR EBOOK
MENARIK
HADIAH ILMU UNTUK GURU MALAYSIA
Penebusan Baucar Buku Guru MADANI 2025 Kini Dibuka!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan dedikasi para guru, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini layak menerima Baucar Buku bernilai RM100 untuk pembelian bahan bacaan berkualiti secara dalam talian!
PENANG DIGITAL LIBRARY
Perpustakaan Digital Pulau Pinang – satu inisiatif oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Keysight Technologies dan Eastern & Oriental Berhad (E&O) menyediakan perkhidmatan akses buku secara atas talian. Pengguna dapat meminjam buku dengan menggunakan akses card PDL.
U-PUSTAKA
Perkhidmatan u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Keahlian u-Pustaka adalah PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia. Ahli u-Pustaka boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital.
Selain itu, u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal , suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.
DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.
DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.
CARA AKSES PORTAL DELIMa
Guru dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.
Anda hanya perlu ke https://d2.delima.edu.my/login
AINS
Advanced Integrated Nilam System (AINS) merupakan sistem baru yang digunakan untuk merekod bacaan pelajar menggunakan id delima seterusnya menggantikan sistem manual sebelum ini.
Terima kasih. Anda pelawat ke:
Sebarang masalah, cadangan atau maklumbalas, anda dialu-alukan mengisi pautan di bawah. Terima Kasih
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Tel: 04-8666229 | Faks: 04-8666379
Email PSS: pskvbp@gmail.com