Kemas kini terakhir: 5 Julai 2026
P Solat ("aplikasi") dibangunkan oleh Mahligai Seni untuk memaparkan waktu solat Malaysia, azan, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan.
Tiada. Aplikasi ini tidak mengumpul, menyimpan di pelayan, menjual atau berkongsi sebarang data peribadi. Tiada akaun, tiada log masuk, tiada analitik, tiada iklan.
Lokasi (GPS) — digunakan pada peranti anda sahaja untuk: (1) menentukan zon waktu solat JAKIM anda, (2) mengira arah kiblat, (3) mencari masjid berdekatan. Koordinat tidak disimpan di mana-mana pelayan kami (kami tiada pelayan).
Notifikasi & penggera tepat — untuk membunyikan azan dan memaparkan waktu solat pada masa yang tepat.
Untuk berfungsi, aplikasi menghantar koordinat lokasi sahaja (tanpa sebarang identiti) kepada perkhidmatan awam berikut:
waktusolat.app — mendapatkan waktu solat rasmi JAKIM bagi zon anda
OpenStreetMap (Nominatim & Overpass) — nama lokasi dan senarai masjid berdekatan
Google Maps — dibuka hanya apabila anda memilih navigasi ke masjid
Perkhidmatan tersebut tertakluk kepada dasar privasi masing-masing.
Aplikasi sesuai untuk semua umur dan tidak mengumpul data daripada sesiapa, termasuk kanak-kanak.
Sebarang pertanyaan: 3dsynapsis@gmail.com