Mengenai Eltycafe.
Eltycafe merupakan sebuah platform atas talian yang menghubungkan antara pelanggan dan vendor, seterusnya menyediakan khidmat penghantaran yang akan dilakukan oleh pihak ketiga yang dilantik oleh Eltycafe iaitu Elty Delivery.
Eltycafe berperanan sebagai penyedia platform dan menjalankan kerja-kerja pemasaran dan jualan. Ini bertujuan untuk membantu vendor meningkatkan lagi jualan.
Eltycafe juga dibangunkan untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan seterusnya menghubungkan tempahan kepada vendor dan runner untuk tujuan penghantaran (jika menggunakan khidmat penghantaran). Eltycafe menyediakan platform yang senang dan sistematik kepada pelanggan.
Bidang Tugas Elty Cafe.
a) Menjalankan kerja-kerja pemasaran.
Menggunakan facebook page sebagai platform pemasaran utama
Berusaha untuk memperkenalkan platform agar jualan vendor meningkat. Sehingga 30 May 2020:
a) Reach 42k
b) Enggagement 12.6k
Menggunakan blasting emel dan SMS sebagai platform pemasaran.
Menyediakan group whatapps sebagai platform jual/beli.
menyediakan group jual/beli makanan online
Menyediakan channel telegram
Sistem simpanan databased pelanggan
Menyediakan sistem ejen affiliate
b) Menjalankan kerja-kerja jualan menggunakan sistem.
Borang yang lengkap memaparkan semua menu bergambar.
Borang yang lengkap menyediakan kepada pelanggan kuantiti bersama jumlah harga.
Borang yang lengkap memaparkan kos penghantaran.
Borang yang lengkap maklumat pelanggan.
Borang yang lengkap memaparkan masa ambil dan hantar. Ini memudahkan vendor dan pelanggan merancang masa perjalanan dan penyediaan tempahan.
Borang yang lengkap dengan pelbagai kaedah pembayaran termasuk payment gateway.
c) Menjalankan kerja-kerja penghantaran makanan. Kerja-kerja dilakukan oleh pasukan Elty Delivery. Rakan Niaga Elty Cafe.
d) Menjalankan khidmat pelanggan.
LAPORAN JUALAN TERKUMPUL BERMULA 3/4/2020-30/5/2020 BAGI SEMUA VENDOR.
e) Panduan, sokongan dan latihan kepada semua vendor selama menjadi vendor Elty Cafe.
Sokongan latihan
Panduan bertulis
Support Group
f) Sediakan sistem penerimaan tempahan yang mudah dan senang kepada vendor.
Muat naik apps GMAIL
2. Semua tempahan masuk ke email
3. Maklumat lengkap dalam email
2. Bidang tugas vendor
Semak butiran pelanggan di email.
2. Sediakan tempahan mengikut butiran yang diterima daripada email.
3. Membuat tuntutan bayaran daripada Elty Cafe.
Kesimpulan
Demikianlah gambaran keseluruhan bagaimana sistem kerja di Elty Cafe.
Ianya bermula daripada kempen pemasaran yang dijalankan oleh Elty Cafe, kemudian sistem tempahan yang memudahkan pelanggan seterusnya sistem penerimaan tempahan yang diterima vendor. Kemudian, disokong dengan pasukan runner daripada Elty Delivery.
Dengan pengaplikasian sistem kerja seumpama ini, Elty Cafe sedang menonjolkan 2 nilai utama iaitu senang dan sistematik.
Berikut merupakan terma dan syarat asas untuk menjadi vendor Eltycafe:
Menyediakan makanan bersih dan halal.
Perlu mematuhi syarat dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Eltycafe.
Menjaga nama baik Eltycafe.
Bersetuju dengan Eltycafe bahawa, pihak Eltycafe akan mengenakan bayaran sebanyak 25% daripada jualan sebagai upah dan bagi menampung kos melaksanakan semua bidang tugas Eltycafe (rujuk bidang tugas Elty Cafe).
Selain itu, vendor bersetuju untuk membayar yuran penyertaan sebanyak RM50.00 sekali seumur hidup.
Vendor boleh terdiri daripada kalangan restoran, kedai makan, cafe, gerai atau tukang masak persendirian.
Vendor mestilah menjaga kualiti makanan dan minuman.
Saya telah faham dan saya berminat, bagaimana untuk saya sertai?
Klik "Mohon Sekarang".
Buat Pembayaran.
Anda akan menerima email untuk anda isikan semua maklumat perniagaan anda.
Sebarang pertanyaan, boleh email kami ke elty.cafe@gmail.com atau hubungi kami di talian 012 843 8105/014 355 1049