Persatuan yang berperanan sebagai platform penyatuan, kebajikan, advokasi, pendidikan dan pembangunan keusahawanan bagi membantu penjaja dan peniaga kecil meningkatkan taraf ekonomi serta memperkukuh perniagaan.
Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Penjaja Peniaga Daerah Tawau (PP&PDT).
Laman ini diwujudkan sebagai pusat rujukan digital untuk ahli, penjaja, peniaga kecil, usahawan dan masyarakat umum yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti persatuan, peluang keusahawanan, program pendidikan, bantuan, geran, pembiayaan serta perkhidmatan yang disediakan oleh persatuan.
Bersama kita membina komuniti penjaja dan peniaga kecil Tawau yang lebih berdaya saing, berdaya tahan dan berjaya.
Menyatukan penjaja dan peniaga kecil dalam sebuah platform yang kukuh dan tersusun.
Menyalurkan suara, pandangan dan isu penjaja serta peniaga kecil kepada pihak berkaitan.
Menyediakan peluang pembelajaran dan peningkatan pengetahuan keusahawanan.
Membantu ahli mendapatkan maklumat berkaitan geran, bantuan, pembiayaan dan peluang perniagaan.
Menggalakkan ahli menggunakan teknologi dan platform digital bagi mengembangkan perniagaan.
Memberi perhatian terhadap kebajikan dan keperluan ahli persatuan.
Kegiatan Penjaja, Peniaga dan Usahawan di PPPDT telah bermula dari 2018 melalui Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah atau dikenali sebagai (G3PNS). Kegiatan penjaja, peniaga dan usahawan telah mengumpulkan serta melahirkan banyak penjaja, peniaga dan usahawan menyebabkan tertubuhnya Persatuan Penjaja dan Peniaga Daerah Tawau. Persatuan Penjaja dan Peniaga Daerah Tawau ditubuhkan pada 07 Februari 2018 melalui kerjasama bersama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS) bersama-sama penjaja peniaga kecil yang terdapat di negeri Sabah. Mengikut data PPPDT, seramai lebih daripada 100 Penjaja, Peniaga dan Usahawan yang aktif terdapat dalam PPPDT. Inisiatif telah diambil oleh Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS) Datuk Haji NoorTaip Bin Haji Suhaili untuk menubuhkan satu Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah bagi mengumpul semua usahawan termasuklah penjaja dan peniaga yang ada dalam setiap daerah di negeri Sabah. Langkah ini membantu penjaja, peniaga mahupun usahawan di seluruh daerah Tawau bergerak lebih aktif dan berkumpulan dalam mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih teratur dan mempunyai suara sebagai ahli dalam persatuan. Hal ini juga memastikan suara penjaja, peniaga mahupun usahawan menjadi lebih didengar dan mempunyai saluran yang lebih besar dan luas melalui persatuan yang dianggotai.
PP&PDT memainkan peranan penting dalam tiga inisiatif utama, G3PNS, M3PK dan M3PN untuk memperkasakan ekonomi serta pembangunan usahawan di Sabah.
Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil (G3PNS) Negeri Sabah merupakan sebuah pertubuhan yang merangkumi sebanyak 31 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil (PPPK) Wilayah/Serantau yang telah menjadi ahli Persatuan ini.
Antaranya ialah:
Pitas, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Kota Kinabalu, Sepanggar, Menggatal, Pantai Barat, Pantai Timur Parlimen Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Beaufort, Sipitang, Tenom, Nabawan, Sook, Keningau, Tambunan, Minggu Nabalu, Ranau, Telupid, Tongod, Kinabatangan, Sandakan, Parlimen Tawau dan Parlimen Kalabakan. Wilayah Beluran, Lahad Datu, Kunak dan Semporna dalam proses membentuk Biro Tenaga Penaja, marilah kita bersatu tenaga dan bersuara lebih efektif dan strategik dalam membela nasib PPPK di Sabah.
G3PNS adalah di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
DataPPK adalah sistem pangkalan data bersepadu yang direka khas untuk peniaga kecil di seluruh Sabah. Sistem ini menyediakan kemudahan pendaftaran peniaga sama ada sebagai individu atau sebagai ahli persatuan/koperasi. Setelah berdaftar, peniaga boleh mengakses laman web Datappk untuk mengemaskini maklumat perniagaan mereka dan mendapatkan sijil pengesahan dari Datappk.
DATAPPK BIZ
Aplikasi ini akan boleh diakses secara PERCUMA. Bagi fungsi percuma secara amnya akan mempunyai beberapa had penggunaan, akan tetapi dengan pakej selanjutnya anda memperoleh kelebihan fungsi lain tiada had limit produk , dan penjenamaan perniagaan anda.
(JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA)
Telah sah berdaftar di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 07 Februari 2018
DATUK MOHD BALBIR BIN ARJAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada yang telah menjadikan PPPD Tawau sebagai wadah perjuangan dalam bersama-sama membangunkan dan membantu penjaja, peniaga dan usahawan khasnya serta masyarakat amnya. PPPD Tawau ditubuhkan bertujuan bagi membantu penjaja, peniaga dan usahawan serta masyarakat untuk menjalankan perniagaan melalui Digital dan banyak lagi.
Tertubuhnya PPPD Tawau sejajar dengan keperluan penjaja, peniaga dan usahawan masa kini iaitu mengenai perlunya Perniagaan DIGITAL. Pelbagai inisiatif telah dirangka dalam membantu penjaja, peniaga dan usahawan Sabahan untuk menempuh cabaran baru dalam era Covid-19 ini.
G3PNS berharap agar Persatuan Penjaja dan Peniaga Daerah Tawau menjadi salah satu badan yang mampu membantu kerajaan dalam memastikan keperluan persediaan DIGITAL seiring dengan kehendak Kerajaan. Persatuan Penjaja Peniaga Kecil bersedia menjadi salah satu badan yang membantu ke arah itu untuk memastikan para usahawan mampu bersaing bersama dalam era perniagaan digital.
Kerjasama antara Agensi, Kerajaan dan NGO lain sangat penting dalam memastikan kerjasama ini membantu dan memudahkan penjaja, peniaga dan usahawan berhubung terus kepada Agensi, Kerajaan dan NGO yang mampu membantu mereka dari pelbagai segi . Pihak Persatuan Penjaja dan Peniaga Daerah Tawau sudi menjadi jambatan kepada usaha tersebut.
Datappk adalah sistem pangkalan data bersepadu yang direka khas untuk peniaga-peniaga kecil di seluruh Sabah. Sistem ini menyediakan kemudahan pendaftaran peniaga sama ada sebagai individu atau sebagai ahli persatuan/koperasi. Setelah berdaftar, peniaga boleh mengakses laman web Datappk untuk mengemaskini maklumat perniagaan mereka dan mendapatkan sijil pengesahan dari Datappk.
Sistem ini juga memudahkan pihak berkuasa seperti Pejabat Daerah untuk mendapatkan data peniaga tempatan yang terkini dan tepat untuk tujuan pentadbiran.
Salah satu cabaran yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil di Sabah adalah ketiadaan pangkalan data bersepadu yang boleh menyediakan maklumat lengkap dan terperinci mengenai jumlah, profil, dan isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan mereka. Data yang sedia ada sekarang adalah tidak lengkap, tidak konsisten, dan tidak dikemas kini kerana ia disimpan mengikut daerah dan persatuan yang berbeza-beza. Ini menyukarkan pihak berwajib untuk menyalurkan bantuan yang sesuai dan tepat kepada peniaga-peniaga yang memerlukan.
Datappk adalah sebuah inisiatif yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan sistem pangkalan data bersepadu yang boleh diakses oleh peniaga-peniaga kecil di Sabah. Datappk dibangunkan oleh pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan peniaga dan sukarelawan yang berdedikasi untuk mengumpulkan data peniaga dari pelbagai sumber seperti tamu-tamu, pejabat daerah, dan media sosial. Dengan Datappk, peniaga-peniaga kecil di Sabah boleh mendaftar sebagai ahli, mengemaskini maklumat perniagaan mereka, dan mendapatkan sijil pengiktirafan dari Datappk.
Datappk adalah komuniti peniaga-peniaga kecil di Sabah yang mempunyai sistem pangkalan data bersepadu. Dengan mendaftar sebagai ahli Datappk, peniaga boleh menggunakan aplikasi Rikod untuk menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan mudah melalui telefon pintar. Datappk juga membantu persatuan dan koperasi peniaga untuk mendapatkan data ahli persatuan yang terperinci dan boleh dipercayai. Selain itu, Datappk menawarkan perkhidmatan konsultasi dan bantuan digitalisasi perniagaan untuk meningkatkan daya saing peniaga-peniaga kecil di Sabah.
Pihak Datappk sentiasa ingin berkerjasama dengan mana-mana pihak untuk membantu peniaga Sabah. Pada masa ini, Datappk sudahpun bekerjasama dengan pihak kerajaan seperti KUSKOP dan Pejabat Daerah, NGO seperti G3PNS, dan persatuan peniaga.
G3PNS
DATAPPK
TEKUN NASIONAL
INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA (INSKEN)
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)
HRD CORP
MAJLIS PERBANDARAN TAWAU (MPT)
EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESCOMM)