Aktiviti lencana ini memupuk nilai seni kraetif dalam kalangan ahli Pengakap di samping menggalakkan ahli Pengakap menghargai seseorang dengan hanya menggunakan bakat sedia ada.
Mengenali dan melukis salah satu watak dalam Cerita Hutan (Jungle Book).
Melukis Pelangi dan menghuraikan kejadian pelangi serta warna yang terdapat pada Pelangi.
Mengenali Color Of Wheel dan boleh menyatakan Primary Color dan Secondary Color serta cara bancuhan warna primary yang betul untuk menghasilkan warna sekunder.
Menghasilkan 1 lukisan Pemandangan Kampung atau Pemandangan Pek Bercuti.
Menghasilkan Kad Ucapan pengharaagn Terima Kasih kepada Frontliners Negara.
Tugasan ini merupakan Pentaksiran Teori yang terdiri daripada soalan objektif.
Tugasan 1 (Pentaksiran Teori) terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Cerita Hutan, Roda Warna dan Spektrum Pelangi.
Ahli Pengakap dikehendaki menjawab berdasarkan bhan rujukan yang telah disediakan dalam Tugasan Teori berkenaan.
Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
e-Sijil Pencapaian akan diperolehi sekiranya ahli Pengakap berjaya mendapat markah 90% dan ke atas sahaja. Anda boleh ulang semula jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Pencapaian (Rajah 1) akan diemelkan ke emel yang didaftarkan setelah tugasan selesai dilaksanakan.
Buka email anda dan muat turun e-Sijil Pencapaian Tugasan 1 berkenaan.
Tugasan ini merupakan Tugasan Amali.
Ahli Pengakap dikehendaki DIWAJIBKAN melaksanakan 3 cabaran tugasan iaitu :
CABARAN 1 - Lukiskan SATU watak berkenaan dengan menggunakan memasukkan suasana hutan. Lukis dan warnakan dengan kemas.
CABARAN 2 - Lukiskan SATU gambaran pemandangan bercuti di kampung ATAU pemandangan sewaktu perkhemahan. Lukis dan warnakan dengan kemas.
CABARAN 3 - Menghasilkan SATU KAD UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA FRONTLINER sebagai tanda terima kasih.
Setelah siap 3 CABARAN berkenaan, ambil gambar hasil cabaran ketiga-tiga tugasan berkenaan dan hantar gambar berkenaan. UNTUK MEMASTIKAN CABARAN ITU DILAKSANAKAN OLEH ANDA, ANDA DIKEHENDAKI BERGAMBAR BERSAMA DENGAN SETIAP HASIL CABARAN BERKENAAN.
PPM Gombak akan menyemak dan mengesahkan cabaran tugasan yang dihantar. Jika PPM Gombak berpuas hati dengan hasil tugasan, maka e-Sijil Pencapaian (Rajah 2) akan diemelkan.
Setelah anda berjaya melengkapkan TUGASAN 1 & TUGASAN 2, sila muat turun e-Sijil Pencapaian Tugasan 1 dan Tugasan 2. Anda boleh juga hanya mengambil gambar sijil berkenaan sahaja.
Muat naik e-Sijil Pencapaian Tugasan 1 dan e-Sijil Pencapaian Tugasan 2. Hantar melalui pautan yang diberikan.
PPM Gombak akan membuat semakan dan mengesahkan e-Sijil Pencapaian yang telah anda muat naik.
Jika semua maklumat betul, PPM Gombak akan menghantar SIJIL PENGANUGERAHAN LENCANA KEPANDAIAN ke emel anda dalam tempoh kurang 48 jam.