GURU BESAR SK LOSONG (SEKOLAH TRANSFORMASI - TS25)
Ibubapa Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti, mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, serta komitmen ibu bapa dan komuniti yang padu.
Matlamat Konsep Program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
· Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
· Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
· Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan