AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
KUALA PENYU, 6 Oktober 2026 – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu telah melaksanakan Program Ziarah Pesara Bahagian 1 sebagai satu usaha menyantuni serta menghargai jasa dan bakti warga pendidikan yang telah menaburkan khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan.
Rombongan PPD Kuala Penyu yang terdiri daripada enam orang pegawai telah diketuai oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Encik Azrih bin Taip. Ziarah ini melibatkan kunjungan ke kediaman tiga orang pesara di sekitar daerah Kuala Penyu.
Antara pesara yang diziarahi ialah:
Tuan Haji Fadliezan Tingan – Kg. Kerukan
Encik Jain bin Bisnin – Kg. Mansud
Puan Sandi Ajud – Kg. Mansud
Program ziarah ini menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim antara PPD Kuala Penyu dengan para pesara di samping menyampaikan tanda ingatan dan penghargaan atas sumbangan serta komitmen yang telah dicurahkan kepada bidang pendidikan.
Kunjungan tersebut turut memberi ruang kepada rombongan PPD untuk bertanya khabar, berkongsi kenangan dan mendengar pengalaman serta cerita sepanjang perkhidmatan para pesara dalam dunia pendidikan.
Program seperti ini mencerminkan komitmen PPD Kuala Penyu dalam menghargai jasa warga pendidikan tanpa mengira status perkhidmatan, selaras dengan semangat kekeluargaan dan kebersamaan dalam warga pendidikan daerah Kuala Penyu.
Jasa dikenang, bakti disanjung, silaturahim terus terjalin.