AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 27 Januari 2026 – Mesyuarat Pengurusan Guru Bimbingan dan Kaunseling Bil.1/2026 telah diadakan pada Selasa, 27 Januari 2026, jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Inspire Kecemerlangan.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kuala Penyu bagi membincangkan hala tuju serta pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah dan daerah.
Turut hadir ke mesyuarat ialah Encik Azrih bin Taip, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid serta Encik Shahrizan bin Sarkawi, Kaunselor Pendidikan Daerah yang telah memberikan input serta pandangan berkaitan pengukuhan peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyokong kesejahteraan murid.
Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta perancangan pelaksanaan kursus untuk Guru Bimbingan dan Kaunseling yang dijadualkan berlangsung pada 04 dan 05 Februari 2026.
Mesyuarat ini diharapkan dapat memperkemas pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta meningkatkan keberkesanan sokongan psikososial, sahsiah dan emosi murid selaras dengan matlamat kemenjadian murid di Daerah Kuala Penyu.