AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 3 Februari 2026 – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu telah menganjurkan Taklimat Pesanan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kegunaan Tahun 2027 bertempat di Bilik Inspire Kecemerlangan, PPD Kuala Penyu.
Taklimat ini melibatkan kehadiran Penyelaras SPBT Perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari sekolah-sekolah di Daerah Kuala Penyu. Program ini bertujuan memberikan penerangan terperinci berkaitan prosedur, garis panduan serta kaedah pengisian pesanan buku teks bagi memastikan proses perancangan dan pengurusan SPBT tahun 2027 dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan.
Sepanjang sesi taklimat, para peserta turut diberikan penekanan terhadap kepentingan ketepatan data, pematuhan kepada tarikh yang ditetapkan serta kerjasama pihak sekolah dalam memastikan kelancaran pengurusan bekalan buku teks kepada murid.
PPD Kuala Penyu berharap agar taklimat ini dapat membantu pihak sekolah membuat persediaan awal yang rapi serta menyumbang kepada pengurusan SPBT yang lebih cekap demi kepentingan murid dan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran.