AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
BENGKEL SePKM DAERAH KUALA PENYU TAHUN 2026
12 Mei 2026 – Satu Bengkel SePKM Daerah Kuala Penyu Tahun 2026 telah dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat Inspire Kecemerlangan dengan penyertaan guru-guru bimbingan dan kaunseling daerah Kuala Penyu. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kefahaman serta kemahiran guru dalam pengurusan dan pelaksanaan Sistem e-Perkhidmatan Kaunseling Murid (SePKM) di sekolah.
Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Encik Judson Hawing yang berkongsi penerangan berkaitan pengurusan data, kaedah pengisian maklumat, penyelarasan dokumentasi serta tatacara penggunaan sistem SePKM secara lebih sistematik dan berkesan.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta turut diberikan sesi bimbingan secara praktikal bagi memastikan setiap guru memahami prosedur pengoperasian sistem serta mampu melaksanakan tugasan berkaitan dengan lebih efisien di peringkat sekolah.
Program ini diharap dapat membantu meningkatkan kompetensi Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam pengurusan perkhidmatan kaunseling murid selaras dengan keperluan semasa pendidikan serta memperkukuhkan lagi kualiti pengurusan data dan pelaporan di sekolah-sekolah daerah Kuala Penyu.