AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 10 Julai 2026 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSS Sabah) 2026 telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu bagi menyelaras perancangan dan persiapan penganjuran kejohanan. Mesyuarat ini membincangkan pelaksanaan program secara menyeluruh meliputi pengurusan teknikal pertandingan, penyediaan venue, logistik, penginapan kontinjen, keselamatan serta kebajikan peserta.
Selain itu, mesyuarat turut memberi penekanan kepada pembahagian tugas jawatankuasa, penyelarasan jadual pelaksanaan serta tindakan susulan bagi setiap aspek yang telah dibincangkan. Hasil perbincangan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama semua pihak yang terlibat sekali gus memastikan Kejohanan Bola Baling MSS Sabah 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.