AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 10 Julai 2026 – Satu kunjung hormat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik dan mengeratkan kerjasama antara kedua-dua agensi. Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan warga sekolah. Di samping itu, sesi ini turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan cadangan dalam memperkasakan kerjasama antara agensi demi kepentingan komuniti pendidikan di daerah Kuala Penyu.
Kunjungan hormat ini turut memfokuskan kepada usaha memperluas kolaborasi dalam pelaksanaan program-program yang melibatkan sekolah, khususnya berkaitan keselamatan murid, pencegahan jenayah, pendidikan kesedaran awam serta pembentukan sahsiah dan disiplin. Perbincangan yang berlangsung secara konstruktif ini diharap dapat memperkukuh sinergi antara IPD Beaufort dan PPD Kuala Penyu, sekali gus memastikan pelaksanaan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara bersepadu, berkesan dan memberi impak positif kepada seluruh warga pendidikan serta masyarakat setempat.