AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 29 Januari 2026 – Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) Bil.1/2026 Peringkat Daerah Kuala Penyu telah berjaya dilaksanakan pada Khamis, 29 Januari 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Inspire Kecemerlangan, bermula jam 2.00 petang.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari seluruh Daerah Kuala Penyu dengan tujuan membincangkan perancangan, penyelarasan serta hala tuju pengurusan Hal Ehwal Murid bagi sesi persekolahan tahun 2026.
Mesyuarat turut diserikan dengan kehadiran Dr. Suntik bin Tuin, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu serta Encik Azrih bin Taip, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu, Sektor Pembangunan Murid. Kehadiran barisan kepimpinan ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan daerah dalam memperkukuh pengurusan dan kebajikan murid di peringkat sekolah.
Pelbagai perkara penting telah dibincangkan termasuk pelaksanaan dasar semasa, pengurusan asrama, program 3K (kebersihatan, keselamatan, kesihatan), pengurusan disiplin, kebajikan murid serta program pembangunan sahsiah murid bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyeluruh.
Mesyuarat ini diharap dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan pengurusan HEM di sekolah-sekolah Daerah Kuala Penyu selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.