AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Program HEKO-X Perkukuh Pengurusan Kokurikulum dan Pemantapan PAJSK
SK Tenambak, 03 Mac 2026 (Selasa) – Program HEKO-X, anjuran Sektor Pembangunan Murid, telah berjaya dilaksanakan dengan memberi fokus kepada pengukuhan pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kokurikulum di peringkat sekolah.
Program ini merupakan platform perkongsian maklumat dan penyelarasan berkaitan pelaksanaan aktiviti kokurikulum, khususnya dalam aspek pengurusan dan pemantapan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Taklimat pada sesi kali ini menumpukan kepada peranan Unit Kokurikulum dalam memastikan pelaksanaan aktiviti berjalan secara sistematik serta meningkatkan pencapaian murid dalam penilaian PAJSK.
Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai daripada Unit Bakat Murid, Encik Abdul Rahman bin Mohd Taib yang menekankan kepentingan perancangan strategik, pengurusan data yang tepat serta penglibatan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan pendekatan praktikal bagi meningkatkan skor PAJSK melalui pelaksanaan program yang berimpak tinggi di sekolah.
Pelaksanaan Program HEKO-X ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah memperkukuh pengurusan kokurikulum secara lebih berkesan, seterusnya menyokong pembangunan potensi murid secara holistik selaras dengan aspirasi pendidikan negara.