AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Program HEKO-X Perkukuh Pengurusan Kokurikulum dan Pemantapan PAJSK
SK ST Joseph, 09 Mac 2026 (Isnin) – Program HEKO-X anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu melalui Sektor Pembangunan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan memberi fokus kepada pengukuhan pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kokurikulum di peringkat sekolah.
Program ini merupakan inisiatif berterusan bagi memperkasakan pelaksanaan aktiviti kokurikulum, khususnya dalam aspek Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Taklimat pada sesi kali ini menekankan peranan Unit Kokurikulum dalam memastikan pengurusan aktiviti yang lebih tersusun, pemantauan berfokus serta peningkatan penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.
Taklimat telah disampaikan oleh Abdul Rahman bin Mohd Taib yang menekankan kepentingan perancangan strategik, ketepatan pengurusan data PAJSK serta pelaksanaan program berimpak tinggi di sekolah. Turut hadir dalam program ini ialah Clarence Xavier yang bersama-sama memberikan sokongan serta perkongsian pandangan berkaitan usaha meningkatkan pencapaian kokurikulum murid.
Pelaksanaan Program HEKO-X ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah memperkukuh tadbir urus kokurikulum secara lebih efektif, seterusnya menyokong pembangunan potensi murid secara holistik selaras dengan aspirasi pendidikan negara.