AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 29 Januari 2026 – Program HEKO-X telah dilaksanakan pada 29 Januari 2026, bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di Sekolah Kebangsaan Palu-Palu.
Program ini memberi fokus utama kepada Pembugaran PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dalam usaha memperkukuh pengurusan serta meningkatkan pencapaian sekolah dalam aspek kokurikulum. Pelaksanaan program ini melibatkan kerjasama pihak pentadbir sekolah, Penolong Kanan Kokurikulum serta guru-guru yang terlibat secara langsung dalam pengurusan data PAJSK.
Antara pengisian utama Program HEKO-X ialah:
Audit dan Verifikasi Data – Semakan menyeluruh terhadap ketepatan dan kesahihan data PAJSK bagi memastikan rekod yang dihantar adalah tepat, lengkap dan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.
Strategi Peningkatan Skor – Perbincangan dan perancangan strategi berfokus untuk meningkatkan skor PAJSK murid melalui penyertaan aktif dalam aktiviti sukan, permainan, kelab dan persatuan serta badan beruniform.
Sesi Konsultasi Pengurusan – Sesi dialog dan konsultasi bersama pihak pengurusan sekolah bagi mengenal pasti isu, cabaran serta cadangan penambahbaikan dalam pengurusan kokurikulum.
Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan pengurusan PAJSK di SK Palu-Palu dapat diperkasa secara sistematik dan berimpak tinggi, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kemenjadian murid secara holistik selaras dengan aspirasi pendidikan negara.