AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
BERITA SEMAKAN DOKUMEN KEJOHANAN BOLA BALING MSS SABAH 2026
Kuala Penyu, 6 Julai 2026 – Satu sesi Semakan Dokumen Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSS Sabah) 2026 telah diadakan pada 6 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Penyu Belimbing, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu.
Sesi semakan ini bertujuan memastikan semua dokumen berkaitan penganjuran kejohanan adalah lengkap, teratur dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan sebelum kejohanan berlangsung. Antara perkara yang diberi perhatian ialah penyelarasan buku pengurusan, jadual pertandingan, senarai jawatankuasa, pelantikan pegawai, pengurusan teknikal, penyediaan venue, penginapan, keselamatan, kebajikan peserta serta aspek dokumentasi keseluruhan kejohanan.
Semakan turut menjadi platform untuk mengenal pasti sebarang kekurangan dalam dokumentasi dan membincangkan tindakan penambahbaikan secara bersama bagi memastikan perjalanan Kejohanan Bola Baling MSS Sabah 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar, sistematik dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Diharapkan hasil daripada sesi semakan ini akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan jawatankuasa pengelola serta memastikan penganjuran Kejohanan Bola Baling MSS Sabah 2026 berlangsung dengan jayanya, sekali gus memberikan pengalaman pertandingan yang berkualiti kepada semua kontinjen yang terlibat.