AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 6 Julai 2026 – Satu sesi Cabut Undi Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSS Sabah) 2026 telah diadakan pada 6 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Penyu Belimbing, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu.
Sesi cabut undi ini bertujuan menentukan pembahagian kumpulan bagi setiap kategori pertandingan secara adil, telus dan teratur sebagai persediaan menjelang kejohanan. Turut diadakan ialah taklimat ringkas berkaitan format pertandingan, jadual perlawanan serta perkara-perkara teknikal bagi memastikan semua kontinjen mendapat maklumat yang jelas sebelum kejohanan berlangsung.
Pelaksanaan sesi cabut undi berjalan lancar dengan kerjasama semua wakil daerah yang hadir. Keputusan cabutan undi yang dimuktamadkan akan menjadi panduan dalam penyusunan jadual pertandingan dan pengurusan keseluruhan kejohanan.
Diharapkan sesi ini dapat membantu melancarkan persiapan Kejohanan Bola Baling MSS Sabah 2026 serta memastikan kejohanan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.