AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
KUALA PENYU, 6 Oktober 2026 – Satu perjumpaan bersama Pengetua telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak yang akan dilaksanakan oleh Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Daerah Kuala Penyu.
Perjumpaan tersebut memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan perancangan, pengisian dan pelaksanaan program, khususnya dalam usaha meningkatkan kesedaran serta kefahaman berkaitan aspek perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dalam kalangan warga sekolah.
Hasil perbincangan, tarikh pelaksanaan program telah dipersetujui pada 19 Oktober 2026. Kerjasama dan komitmen pihak sekolah amat penting bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.
Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak ini merupakan salah satu usaha PKKK Daerah Kuala Penyu dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi, sekolah dan komuniti bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, prihatin dan kondusif untuk kanak-kanak.
Diharapkan pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada murid serta memperkasakan warga sekolah dalam memahami peranan dan tanggungjawab bersama dalam memastikan keselamatan, kebajikan dan perlindungan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan.