AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 10 November 2025 – Majlis Penyerahan Skim Bantuan Khas (SBK) anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna bertempat di SJKC Chung Hwa, Kuala Penyu. Program ini bertujuan membantu meringankan beban persekolahan murid serta meningkatkan semangat mereka dalam pembelajaran.
Majlis turut dihadiri oleh Pn. Siti Sheriffah Hj. Jabar Khan, Ketua Pentadbir Zon, Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan, yang hadir bagi menyokong dan memeriahkan program bantuan komuniti ini.
Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Suntik Tuin, Pegawai Pendidikan dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan kerjasama strategik antara Yayasan Sabah dan pihak sekolah dalam memastikan kebajikan murid sentiasa diberi keutamaan.
Sebanyak 100 orang murid daripada tiga buah sekolah telah menerima manfaat SBK pada majlis tersebut, iaitu:
SJKC Chung Hwa
SK St. Joseph
SK St. Stephen
Pemberian bantuan ini diharapkan dapat membantu murid-murid membuat persediaan persekolahan dengan lebih selesa serta meningkatkan motivasi mereka untuk terus berjaya dalam akademik.
Program ini sekali lagi membuktikan komitmen Yayasan Sabah dalam memperkukuh pembangunan pendidikan di Zon Pedalaman Selatan melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan sokongan kepada generasi muda. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian bantuan kepada murid-murid yang terlibat.