AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
WEHELP SABAH PROGRAMME 2025 – EMPOWERING STEM LEARNING (CALCULATOR DONATION)
Kuala Penyu, 2 Oktober 2025 – Satu program berimpak tinggi, WEHELP Sabah Programme 2025 – Empowering STEM Learning (Calculator Donation) telah berlangsung di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu hari ini.
Program ini bertujuan menyokong pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat sekolah menengah dengan menyediakan kelengkapan asas pembelajaran yang diperlukan pelajar.
Dalam majlis tersebut, sebanyak 567 unit kalkulator saintifik telah disumbangkan kepada empat buah sekolah menengah di daerah Kuala Penyu iaitu SMK Pekan Kuala Penyu, SMK St. Peter Bundu, SMK Kuala Penyu dan SMK Menumbok.
Sumbangan ini diharapkan dapat memberi manfaat besar kepada para pelajar, khususnya dalam meningkatkan penguasaan mereka terhadap mata pelajaran Matematik dan Sains. Ia juga merupakan salah satu usaha kolaboratif dalam memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dicapai oleh semua murid tanpa mengira latar belakang.
WEHELP Sabah Programme diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan berteraskan STEM, seiring dengan aspirasi pendidikan negara untuk melahirkan generasi yang berdaya saing pada masa hadapan.