AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
PROGRAM PENGGALAKAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM UJIAN KENAIKAN PANGKAT KRS & TKRS PERINGKAT DAERAH KUALA PENYU
Pada 05 November 2024, Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu telah menganjurkan Majlis Penutupan Program Penggalakan Pasukan Badan Beruniform Ujian Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) yang dikelolakan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Kuala Penyu. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli kadet mempamerkan kemahiran yang telah mereka pelajari di sekolah seperti kawad kaki, ikatan dan simpulan, bantu mula, kerohanian dan moral, ujian kecergasan dan sebagainya selain menerapkan ilmu serta kemahiran teknologi maklumat.
Seramai 122 orang murid yang terdiri daripada Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Melibatkan seramai 54 orang guru penasihat.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai matlamatnya dalam mengembangkan ilmu dan kemahiran tambahan ahli kadet yang terlibat.