AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
PROGRAM KLINIK SUKAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH KUALA PENYU 2025
Kuala Penyu, 2025 – Program Klinik Sukan Alternatif Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kuala Penyu 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya menarik penyertaan seramai 60 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah iaitu SMK Pekan Kuala Penyu, SMK St. Peter Bundu dan SMK Menumbok.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu ini bertujuan memperkenalkan sukan alternatif sebagai satu inisiatif untuk memupuk minat pelajar terhadap aktiviti sukan yang pelbagai, menyeronokkan dan inklusif.
Klinik sukan ini disampaikan oleh dua orang jurulatih utama yang berpengalaman, iaitu Cik Joan Itom bagi sukan Dodgeball dan Encik Rithwan Nasir bagi sukan Frisbee. Kedua-dua jurulatih telah berkongsi kemahiran asas, teknik permainan, serta nilai semangat kesukanan kepada para peserta melalui pendekatan latihan yang interaktif dan menyeronokkan.
Sepanjang program, para peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan komitmen yang luar biasa dalam setiap sesi latihan. Aktiviti ini bukan sahaja memperkenalkan mereka kepada sukan baharu, tetapi turut menggalakkan pembinaan karakter, kerjasama berpasukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan remaja.
Program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu platform pembangunan sukan di peringkat sekolah, selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuh budaya sukan di sekolah.
#PPDKualaPenyu #KlinikSukanAlternatif #Frisbee #Dodgeball #SekolahMenengahKualaPenyu #SukanUntukSemua