AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 19 Ogos 2025 – Program SPARK Selia Bantu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah dilaksanakan di SK Batu Linting pada 19 Ogos 2025. Program ini merupakan inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu bagi memantau pelaksanaan RMT serta memastikan kebajikan murid terus menjadi keutamaan.
Pemantauan menitikberatkan aspek penyediaan makanan, kualiti menu, kebersihan kantin serta kepatuhan pengusaha makanan terhadap garis panduan RMT yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, sesi bimbingan turut diberikan kepada guru penyelaras dan pengusaha kantin mengenai kepentingan pengurusan makanan berkhasiat untuk menyokong kesihatan murid.
Melalui program ini, pihak sekolah dan pengusaha kantin mendapat pendedahan serta panduan yang lebih jelas dalam melaksanakan RMT dengan lebih cekap dan berkesan. Kejayaan program ini membuktikan komitmen semua pihak dalam memastikan murid-murid mendapat manfaat sepenuhnya daripada kemudahan RMT.