AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Telupid, 22 April – Kejohanan Rentas Desa Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah tahun 2025 telah berlangsung dengan meriah di SMK Entilibon, Telupid, menghimpunkan kontinjen dari seluruh pelusuk negeri Sabah dalam semangat kesukanan yang tinggi.
Kontinjen dari daerah Kuala Penyu turut serta dalam kejohanan ini dengan semangat yang membara. Wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu yang turut mengiringi kontinjen ialah TPPD Sektor Pembangunan Murid, Tuan Azrih bin Taip serta Penolong Pegawai Unit Pembangunan Bakat Murid, Tuan Clarence Sitan@Xavier.
Kehadiran kedua-dua wakil PPD ini bukan sahaja memberikan sokongan moral kepada para peserta, malah menjadi pemangkin semangat kepada atlet muda Kuala Penyu untuk terus berusaha dan bersaing secara sihat.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat sukan pelajar, malah menyemai nilai-nilai murni seperti ketahanan, disiplin dan semangat juang dalam kalangan generasi muda.
Berikut disertakan link
keputusan : https://jsports.com.my/merentasdesa/msssabah
Kedudukan matat drtps://jsports.com.my/merentasdesa/msssabah/index.php?id=3
Senarai peserta : https://jsports.com.my/merentasdesa/msssabah/index.php?id=4