AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
PROGRAM SIHAT TANPA AIDS UNTUK REMAJA (PROSTAR 2.0) PERINGKAT DAERAH
KUALA PENYU 2025
Kuala Penyu, 14 Oktober 2025 – Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja (PROSTAR 2.0) peringkat Daerah Kuala Penyu telah berjaya dilaksanakan pada 13 hingga 14 Oktober 2025 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu. Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara PPD Kuala Penyu dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu dalam usaha memperkukuh pengetahuan serta kesedaran golongan remaja terhadap isu kesihatan reproduktif dan pencegahan HIV/AIDS.
Seramai 16 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring telah mengambil bahagian dalam program dua hari ini, mewakili empat buah sekolah menengah daerah Kuala Penyu iaitu SMK Kuala Penyu, SMK Pekan Kuala Penyu, SMK St. Peter Bundu dan SMK Menumbok.
Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang program, termasuk sesi ceramah interaktif, bengkel kesedaran HIV/AIDS, dan aktiviti simulasi kesihatan yang dikendalikan oleh pegawai kesihatan serta fasilitator terlatih. Program ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk menjadi duta kecil PROSTAR, seterusnya menyebarkan mesej gaya hidup sihat dan bebas HIV di sekolah masing-masing.
Melalui penganjuran program seperti ini, diharapkan para pelajar bukan sahaja memperoleh ilmu kesihatan yang bermanfaat, tetapi juga membina keperibadian positif dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran sosial masa kini.
#PPDKualaPenyu #PROSTAR2.0 #RemajaSihatTanpaAIDS #PejabatKesihatanKualaPenyu