AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
PERKHEMAHAN PEMIMPIN GENERASI MADANI
Menumbok, 21 November 2025 – Perkhemahan Pemimpin Generasi Madani Peringkat Daerah Kuala Penyu berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kepimpinan dan jati diri selama tiga hari bermula 19 hingga 21 November 2025 bertempat di SMK Menumbok.
Seramai 120 orang peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 telah menyertai program ini. Perkhemahan ini menghimpunkan empat buah sekolah menengah iaitu SMK Pekan Kuala Penyu, SMK St. Peter Bundu, SMK Kuala Penyu dan tuan rumah SMK Menumbok.
Sepanjang tiga hari perkhemahan, para peserta mengikuti pelbagai modul kepimpinan berteraskan konsep Generasi Madani, antaranya pembentukan sahsiah, latihan kerja berpasukan, pengurusan organisasi, kawad asas, aktiviti lasak serta ceramah motivasi yang dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman.
Program ini bertujuan melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa, berfikiran kritis serta mampu memimpin komuniti sekolah dengan lebih berkesan. Selain itu, perkhemahan ini turut menjadi platform kerjasama kukuh antara sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Penyu.
Majlis penutupan disempurnakan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta dan penghargaan kepada pihak penganjur serta guru-guru pengiring yang menjayakan program ini.
Perkhemahan Pemimpin Generasi Madani 2025 ini diharap menjadi batu loncatan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdaya saing, berbudi pekerti tinggi dan membawa aspirasi MADANI ke peringkat yang lebih tinggi.