AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Program Minda Sihat Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 hingga 25 Julai 2025. Program ini bertujuan memupuk kesedaran dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid sekolah rendah melalui aktiviti pendidikan, motivasi dan interaktif yang menyeronokkan.
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu telah menghantar wakil seramai 10 orang murid daripada tujuh buah sekolah, iaitu SK Sinapokan, SK Menumpang, SK Kerukan, SK St Stephen, SK Pekan Menumbok, SK St Peter Bundu dan SK Pekan Kuala Penyu. Para peserta telah didedahkan kepada pelbagai modul seperti pengurusan emosi, kepentingan pemakanan seimbang, teknik relaksasi, serta aktiviti sukan dan riadah yang menekankan kesejahteraan mental dan fizikal.
Kehadiran para peserta dari pelbagai daerah dan negeri telah mewujudkan suasana perkongsian pengalaman yang positif serta membina jaringan persahabatan antara murid. Program ini diharapkan dapat menjadi platform penting dalam melahirkan generasi yang sihat, cerdas dan seimbang dari segi emosi, mental, rohani dan fizikal selaras dengan aspirasi pendidikan negara.