AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Pantai Mempakul, Menumbok, 26 Jun 2025 – Kem Perpaduan dan Integrasi Madani (KEMPING 3.0) peringkat kebangsaan telah berjaya dianjurkan dari 23 hingga 25 Jun 2025 bertempat di Pantai Mempakul, Menumbok. Program ini menghimpunkan seramai 206 peserta dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam usaha memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar.
Majlis perasmian kem ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Siti Aminah binti Haji Aching, Pengerusi Lembaga Pengarah RISDA Semaian dan Landskap Sdn. Bhd., yang menyatakan sokongan padu terhadap inisiatif memperkukuhkan perpaduan di peringkat akar umbi melalui program seperti ini.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Tuan Haji Muddin bin Beting, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Encik Abd. Rahman bin Mohd Taib dari Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu.
KEMPING 3.0 menjadi platform penting dalam membina jalinan silaturrahim antara pelajar dari pelbagai latar belakang, selain memperkukuh nilai-nilai kenegaraan, toleransi dan semangat Malaysia Madani.