AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Menumbok, 14 Ogos 2025 – Seramai 200 orang pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai Kem Lestari Generasi Madani yang berlangsung pada 13 hingga 14 Ogos 2025 bertempat di Pantai Sawar-Sawar, Mempakol dan SMK Menumbok.
Kem ini dianjurkan dengan matlamat memperkasa nilai kelestarian alam sekitar serta memupuk semangat kepimpinan, kerjasama dan jati diri dalam kalangan pelajar. Pelbagai pengisian aktiviti telah dilaksanakan sepanjang dua hari program termasuk pembersihan pantai, ceramah motivasi, bengkel lestari, sukaneka, perkhemahan, dan aktiviti kerohanian.
Dengan penyertaan yang melibatkan pelajar daripada pelbagai sekolah, kem ini turut menjadi platform integrasi dan jaringan persahabatan antara murid sekolah rendah dan menengah. Program ini juga menekankan kepentingan menjaga alam sekitar sebagai amanah generasi kini untuk diwarisi oleh generasi akan datang, seiring dengan aspirasi Generasi Madani.
Secara keseluruhannya, Kem Lestari Generasi Madani berjaya mencapai objektifnya dalam membentuk pelajar yang berdaya saing, berakhlak mulia serta mempunyai kesedaran tinggi terhadap tanggungjawab memelihara kelestarian alam.