AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Sipitang, 21 April – Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sabah (MSSS) 2025 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 21 April hingga 25 April 2025. Kejohanan tahunan ini telah dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang dan menghimpunkan pemain-pemain catur terbaik dari seluruh daerah di Sabah.
Daerah Kuala Penyu turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini dengan menghantar wakil-wakil berbakat bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 12, 15, dan 18 tahun. Kehadiran pasukan Kuala Penyu memeriahkan lagi kejohanan serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat muda dalam sukan catur, malah sebagai medium untuk mengasah daya pemikiran strategik dan membina jati diri para pelajar.
Majlis penutupan rasmi kejohanan dijangka akan disempurnakan pada 25 April oleh wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.