AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
PEMILIHAN CATUR ASRAMA HARIAN PERINGKAT DAERAH KUALA PENYU 2025
Kuala Penyu, 16 Oktober 2025 – Pertandingan Pemilihan Catur Asrama Harian Peringkat Daerah Kuala Penyu 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Oktober 2025 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu.
Program anjuran Unit HEM, Sektor Pembangunan Murid PPD Kuala Penyu ini bertujuan mencungkil bakat dan memilih wakil daerah dalam sukan minda catur bagi mewakili Kuala Penyu ke peringkat negeri.
Seramai 15 orang murid daripada tiga buah sekolah yang mempunyai asrama harian telah mengambil bahagian, iaitu dari SMK Pekan Kuala Penyu, SMK Menumbok dan SK Sangkabok.
Pertandingan ini bukan sahaja menguji ketajaman strategi dan daya tumpuan peserta, tetapi turut memupuk nilai kesabaran, disiplin serta semangat persaingan sihat dalam kalangan pelajar. Sepanjang pertandingan, para peserta menunjukkan kemahiran taktikal yang tinggi serta komitmen yang membanggakan.
Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan pelajar asrama yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga menyerlah dalam bidang kokurikulum, khususnya sukan catur yang semakin mendapat tempat di kalangan generasi muda.
#PPDKualaPenyu #AsramaHarían #PemilihanCatur2025 #SukanMinda #KualaPenyuAktif