AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 10 April – Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Penyu 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 dan 10 April 2025 bertempat di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kuala Penyu.
Kejohanan ini telah dikendalikan oleh Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) SK Rimbaan dan berjaya menghimpunkan penyertaan daripada sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Kuala Penyu.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu, Dr. Suntik Tuin yang menyampaikan ucapan serta menyempurnakan acara perasmian kejohanan. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan permainan catur sebagai aktiviti yang mampu meningkatkan daya fikir, strategi dan disiplin dalam kalangan murid.
Sepanjang dua hari kejohanan berlangsung, peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersaing secara sihat. Penganjuran yang teratur dan suasana pertandingan yang kondusif.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan catur, malah turut memperkukuhkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Penyu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.