AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 22 Julai 2025 – Kejohanan Bola Sepak Kategori Sekolah Menengah Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Penyu 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan pada 21 hingga 22 Julai 2025 bertempat di padang SMK Kuala Penyu.
Kejohanan ini menghimpunkan pasukan bola sepak dari sekolah menengah seluruh daerah Kuala Penyu dengan objektif utama menggilap bakat pelajar dalam arena bola sepak serta melahirkan generasi pelapis yang berdisiplin dan berdaya saing.
Sepanjang dua hari penganjuran, para peserta mempamerkan aksi bertenaga, semangat juang yang tinggi serta kerjasama berpasukan yang mantap. Pertandingan yang berlangsung sengit ini bukan sahaja menjadi medan untuk menonjolkan kehebatan masing-masing, malah turut memupuk nilai perpaduan, semangat kesukanan serta hubungan silaturahim antara sekolah.
Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan dengan penyampaian hadiah kepada pasukan yang menjuarai kejohanan, sekaligus mengiktiraf usaha gigih para pemain dan guru pembimbing. Penganjuran kejohanan ini membuktikan bahawa bola sepak terus menjadi salah satu sukan paling diminati dalam kalangan pelajar, serta wadah penting membentuk sahsiah murid seiring dengan aspirasi Generasi Madani.