AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
SMK MENUMBOK MUNCUL JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN BOLA BALING MSSD KUALA PENYU 2025 (18 TKB)
Kuala Penyu, 23 April 2025 – Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Kuala Penyu 2025 bagi kategori 18 Tahun Ke Bawah telah berlangsung dengan jayanya pada 23 April 2025. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh SMK Kuala Penyu dan menghimpunkan bakat-bakat muda dari empat buah sekolah menengah sekitar daerah Kuala Penyu.
Empat sekolah yang telah mengambil bahagian dalam kategori lelaki dan perempuan ialah SMK Pekan Kuala Penyu, SMK St. Peter Bundu,SMK Kuala Penyu danSMK Menumbok.
Kejohanan ini turut disaksikan oleh wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu, Encik Abd Rahman bin Taib, yang memberikan sokongan penuh terhadap pembangunan sukan di peringkat sekolah.
Setelah perlawanan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan daya saing yang tinggi, SMK Menumbok telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat atlet muda dalam sukan bola baling, malah turut memperkukuhkan semangat kesukanan dan kerjasama antara sekolah-sekolah di daerah Kuala Penyu.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah bertanding, terutamanya kepada SMK Menumbok atas kejayaan cemerlang mereka. Semoga kejohanan seperti ini akan terus menjadi platform untuk melahirkan atlet berpotensi tinggi di masa hadapan.