AKTIVITI / PROGRAM
AKTIVITI / PROGRAM
Kuala Penyu, 3 September 2025 – Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri yang berlangsung secara atas talian pada hari ini telah menghimpunkan pasukan bahas daripada pelbagai daerah di seluruh negeri. Pertandingan ini dikelolakan oleh SK Pekan Kuala Penyu selaku pengelola utama program.
Walaupun dijalankan secara dalam talian, pertandingan ini tetap mengekalkan suasana bersemangat dengan hujah-hujah bernas serta kepetahan peserta dalam mengemukakan pendapat. Pertandingan ini juga menjadi wadah melatih murid berfikir secara kritis, meningkatkan keyakinan diri, serta mengasah kemahiran komunikasi berkesan.
Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat muda dalam bidang perbahasan, malah memberi pendedahan awal kepada murid tentang budaya demokrasi dan amalan berhujah secara matang.
Sebanyak 20 pasukan melibatkan 100 orang murid telah berentap dalam talian, manakala 8 pasukan terbaik telah layak bertanding secara bersemuka. Pasukan yang terpilih mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ialah PPD Tawau, PPD Semporna, PPD Kunak, PPD Kinabatangan, PPD Sandakan, PPD Ranau, PPD Keningau dan PPD Sipitang.
Pertandingan ini membuktikan bahawa teknologi mampu menjadi medium terbaik dalam melahirkan generasi muda yang berketerampilan dan berdaya saing, sekaligus mencorakkan kepimpinan masa hadapan negara.