أهلا وسهلا ومرحبا بكم
MAKLUMAN..!! Info Terkini PPQS..
Assalamualaikum wrt wbt.
Pihak kami berbesar hati menjemput semua peserta, waris & ahli keluarga ke Majlis Jamuan Kesyukuran sempena Majlis Penyampaian Sijil Tamat Iqrak & Khatam al-Quran bagi sesi 2025 pada :
Tarikh : 10 Januari 2026
Hari : Sabtu
Masa : 3.30 - 6.00 petang
Waris & peserta yang terlibat dengan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Iqrak & Khatam al-Quran perlu hadir pada jam 2.00 petang.
Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan dari pihak tuan/puan berupa wang ringgit atau hidangan sampingan. Sebarang sumbangan boleh hubungi Ustazah Arifah di talian 0163563083 .
Sekian untuk makluman.
Terima kasih.
MAKLUMAN..!! Info Terkini PPQS..
PENDAFTARAN KELAS PENGAJIAN AL-QURAN 2026
DIBUKA..!!
Anak-anak dah pandai mengaji Quran..?
- Bacaan sangkut-sangkut.
- Tak tahu Hukum tajwid.
- Sebutan huruf tak kena pada makhraj & sifat.
- Panjang pendek tak kena tempat.
- Tak kenal huruf.
Jangan tangguh lagi..
DAFTAR SEGERA..!!
•••••••••••••••••••••••••••••
💝 Dibawah bimbingan guru yang mahir Quran & peramah .
✍ Penekanan sebutan makhraj & sifat huruf serta hukum tajwid lain.
🕌 Solat berjemaah.
🎁 PERCUMA Bengkel Asas Tajwid (online)
Link Pendaftaran
https://forms.gle/QWXNn8KoXzhkaSX1A
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Admin PPQS : 0139964763
Mudir PPQS : 0105445373
JAWATAN KOSONG GURU AL-QURAN (PART-TIME)
KELAS PENGAJIAN AL-QURAN KANAK-KANAK
Hari Bekerja
Hari : Isnin hingga khamis (4 hari)
Waktu Sesi : 8.00 - 9.30 malam
Hujung Minggu
Hari : Sabtu & Ahad (2 hari)
Waktu Sesi : 8.00 - 9.30 malam
Syarat Kelayakan
Jaga solat 5 waktu.
Tinggal di sekitar Bertam / Kepala Batas.
Boleh membaca al-Quran dengan bertajwid.
Ada kenderaan sendiri.
Aktif, kreatif & peramah dengan kanak-kanak.
Elaun : RM20 per sesi
Hubungi Admin PPQS di talian 0139964763.
SEJARAH IMAM ASY-SYATIBIY
Imam As-Syatibi merupakan salah seorang tokoh yang amat terkenal di dalam perbahasan Ilmu Tajwid dan Ilmu Qiraat. Barang sesiapa yang terlibat di dalam perbincangan, perbahasan dan kajian yang melibatkan Ilmu Tajwid dan Ilmu Qiraat sudah pasti tidak dapat tidak akan mengenali tokoh ini.
Nama beliau ialah al-Qasim bin Firuh bin Khalaf bin Ahmad al-Ru’ayni al-Syatibi al-Andalusi. Dilahirkan di Syatibah di Andalus yang mana sekarang dinamakan Sepanyol pada tahun 538 Hijrah dan meninggal dunia di Mesir pada 28 Jamadil Akhir tahun 590 Hijrah.
Menumpang barakah atas ketokohan dan ilmu beliau, maka dinamakan Pusat Pengajian Al-Quran Asy-Syatibiy. Semoga ilmu yang disampaikan ini menjadi ladang pahala buat kami dan masyarakat setempat.