Search this site
Embedded Files
Portal Kokurikulum SMSKP 2025

ARKIB GALERI KOKURIKULUM

LAMAN UTAMA

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM SMSKP 2025

KPI KOKURIKULUM SMSKP 2025

  1. Mematikan pencapaian GPS  < 1.04 dalam PAJSK (Sasaran BPSBP)

  2. Memastikan pencapaian GPS < 1.40 dalam sukan dan permainan

  3. Memastikan pencapaian GPS  < 1.32 dalam kelab dan persatuan

  4. Memastikan pencapaian GPS < 1.70 dalam pasukan badan beruniform

  5. Memastikan pengurusan kemudahan dan peralatan kokurikulum diurus secara sistematik dan terancang

  6. Melaksanakan program jalinan dan jaringan peringkat kebangsaan / antarabangsa bagi kelab dan persatuan (Inovasi), badan uniform (KRS dan Pengakap) serta sukan permainan (Ragbi dan Hoki)

  7. Memastikan pengurusan kewangan kokurikulum dilaksanakan mengikut pekeliling yang ditetapkan

  8. Memastikan pencapaian sekurang-kurangnya gred B iaitu markah 70 ke atas bagi setiap murid dalam kokurikulum

  9. Meningkatkan peratus penglibatan kesukarelawan dalam kalangan murid .

PENAMBAHBAIKAN UNIT KOKURIKULUM 2025

  1. KELAB KOMPUTER / ICT  dahulu dikenali sebagai Kelab Bridge Cyber & E-Sport. 

  2. KELAB KEBUDAYAAN (TEATER/DARAMA/MUZIK/NYANYIAN) dahulu dikenali sebagai Kelab Seni dan Budaya.

  3. KELAB KERJAYA dahulu dikenali sebagai Kelab Bimbingan & Kaunseling.

  4. KELAB NILAM &TVPSS - Kelab dan Persatuan tambahan bermula sesi pembelajaran 2025.

  5. KELAB SETEM DAN FILATELI, KELAB ERT DAN KELAB ROBOTIK & DRONE dibubarkan bermula sesi pembelajaran 2025.

AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM SMSKP 

  1. Murid-murid dikehendaki memakai uniform lengkap Pasukan Badan Beruniform (PBB) pada setiap perjumpaan mingguan PBB dan Hari Perhimpunan Bulanan Kokurikulum selaras dengan arahan pematuhan pemakaian uniform mengikut surat pekeliling ikhtisas bil 8 tahun 2007 Kementerian Pendidikan Malaysia yang masih berkuatkuasa. 

  2. Pemakaian selain daripada uniform seperti baju sukan atau baju rumah sukan tertakluk kepada keperluan semasa program (sekiranya ada).

  3. Aktiviti Kokurikulum adalah WAJIB dan terikat dengan peraturan semasa disiplin sekolah. Murid yang tidak hadir tanpa sebab atau ponteng aktiviti Kokurikulum dianggap telah melanggar peraturan disiplin dan akan direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM KPM) . 

  4. Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi penilaian. 

  5. .Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib 

Google Sites
Report abuse
Page details
Page updated
Google Sites
Report abuse