Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepadaTuhan yang satu. Al-Quran dijadikan sebagai sumber/asas hukum yang utama bersama-sama dengan panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis.
Agama Islam terdiri daripada rukun Iman dan rukun Islam yang mesti diketahui dan diamalkan kepada umatnya.
Ajaran Islam bermatlamat :
Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata
Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka
Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumiini dan sekali gus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup
Islam agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman damai
Raja sebagai Ketua Agama Islam di negerinya
Bagi negeri yang tiada Raja, Ketua Agama Islam diwakili Yang Dipertuan Agong (YDPA)
YDPA menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Pengisytiharan Islam sebagai Agama Persekutuan
Hak kebebasan beragama
Kebenaran wang awam digunakan untuk tujuan Islam
Kedudukan Mahkamah Syariah di dalam sistem perundangan
Pengecualian undang-undang Islam daripada undang- undang darurat
Penetapan hal ehwal Islam sebagai sesuatu yang terletak di dalam bidang kuasa negeri