Pengenalan
Semenjak Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu sudah menjadi tempat persinggahan dan penempatan bagi pedagang-pedagang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru itu, percampuran dan pertembungan budaya dan masyarakat bukanlah merupakan satu fenomena baru di Tanah Melayu.
Zaman penjajahan British dari tahun 1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik negara kita.
Definisi Masyarakat
Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
Umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur.
Masyarakat majmuk (Plural society) yang bermaksud masyarakat pelbagai kaum (Multi-racial society) adalah merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang sama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara sama.
Masyarakat Malaysia sering disebut sebagai masyarakat majmuk iaitu sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya, agama, bahasa, adat resam dan cara hidup yang tersendiri.
Ciri-Ciri Masyarakat Majmuk
Menurut J.S. Furnivall (1939), seorang pakar antropologi, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi tidak bercantum.
Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan etnik.
J.S. Furnival (1956) dalam bukunya Colonial Policy and Practice : A Comparative Study of Burma & Netherlands India menggariskan ciri-ciri masyarakat majmuk sebagai berikut :
Terdapat pelbagai jenis manusia (bangsa, ras, etnik) seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera).
Mereka bercampur tetapi tidak bercantum atau bersatu.
Hidup berdekatan tapi terpisah dalam sistem unit politik yang sama.
Setiap kumpulan bangsa berpegang kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea dan kaedah sendiri.
Dalam sektor pekerjaan terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara mengikut kaum.
Harry Eckstein (1966) dalam “Division and Cohesion in Democracy” menulis bahawa masyarakat majmuk adalah masyarakat yang terpisah kerana segmen-segmen yang berasingan yang meliputi:
Ras/Kumpulan etnik
Budaya
Bahasa
Kepercayaan agama
Ideologi
Penolak (negara Asal)
Tiada pekerjaan dan peluang ekonomi – kebuluran dan kemiskinan
Masalah politik seperti revolusi dan sebagainya.
Masalah alam semulajadi seperti banjir dan gempa bumi
Penarik (Destinasi penghijrahan
Peluang Ekonomi
Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu menimbulkan keperluan terhadap tenaga buruh yang ramai.
Permintaan yang tinggi terhadap getah dan bijih timah bagi menghasilkan pelbagai jenis barangan
Revolusi Industri di Eropah menyebabkan permintaan bijih timah dan getah,
Pembesar Melayu mendorong kemasukan pelombong Cina dan berpuas hati dengan mengutip komisen dan cukai.
Kestabilan Politik Tanah Melayu Atas Dasar British
Tanah Melayu di bawah jajahan British telah terjamin kestabilan politiknya. Kestabilan politik British ini telah membawa kestabilan ekonomi di Tanah Melayu.
Banyak tenaga buruh diperlukan untuk memenuhi keperluan pengusaha-pengusaha tempatan dan Eropah. Maka akhirnya, faktor ini telah mendorong kemasukan beramai-ramai buruh dari negara China dan India untuk mengerjakan lombong bijih timah dan ladang getah.
Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk – terdiri daripada pelbagai etnik/kaum/bangsa.
Rumpun bangsa utama yang membentuk masyarakat Malaysia ialah Melayu (termasuk Bumiputera), Cina dan India di samping kaum-kaum minoriti yang lain.
Di Sabah, etnik terbesar ialah Kadazan, Dusun dan Bajau.
Di Sarawak kelompok terbesar ialah Iban, Bidayuh, Melanau, Kelabir dan juga Penan.
Hakikatnya, ini bukan gambaran sebenar yang dapat menerangkan struktur masyarakat kerana terdapat lebih 40 etnik berbeza di Sabah dan Sarawak.
POLITIK
Fahaman Dan Pengaruh Politik Yang Berbeza
Bagi kaum Cina dan India,mereka lebih pentingkan hal-hal politik yang berlaku di Negara asal mereka berbanding apa yang berlaku di Tanah Melayu.
Perhubungan antara kaum tidak begitu baik kerana wujud jurang dan prasangka yang mendalam antara satu sama lain. Tidak berlaku proses asimilasi antara kaum kerana dasar pecah dan perintah yang di amalkan oleh British.
EKONOMI
Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi
Kesan dasar pecah dan perintah, orang Melayu kekal menjadi petani dan nelayan, kaum Cina digalakkan bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang India mengusahakan estet-estet getah dan kelapa.
SOSIAL
Pengasingan Sistem Pendidikan
Wujud sistem pendidikan yang berbeza berdasarkan tiga kaum iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Kaum Melayu dibenarkan mendapat pendidikan di sekolah vernakular dan sekolah beraliran Inggeris. Namun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan sahaja.
SOSIAL
Pemisahan Tempat Tinggal
Pemisahan ini adalah kesan daripada dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh kerajaan British. Petempatan lebih bercirikan sesuatu kaum yang wujud di Tanah Melayu iaitu kaum Cina, Melayu dan India.
Kaum-kaum ini juga kurang memahami budaya, agama dan adat resam kaum-kaum lain. Ekoran itu, mereka takut untuk berada dalam satu kelompok masyarakat / kawasan tempat tinggal yang sama kerana bimbang akan mencetuskan perselisihan faham.
Kesan Perubahan Kepada Masyarakat Majmuk
Percampuran budaya
Perubahan hak (Pertambahan/Pengurangan)
Perubahan status sesuatu masyarakat atau bangsa.
Satu bangsa satu negara
Kehilangan budaya asal sesuatu kaum
1. Perkongsian Kuasa Politik Di Malaysia.
Penyatuan parti berbilang kaum dalam satu pertubuhan yang lebih besar. Pada era 1950-an, sebuah parti politik yang dinamakan Parti perikatan yang menggabungkan parti Melayu, Cina dan India. Gabungan ini telah mencapai kemenangan dalam pilihanraya tahun 1955 membuktikan penggabungan etnik dalam satu pertubuhan politik mendapat sokongan rakyat.
2. Kerajaan Demokrasi.
Pengamalan demokrasi berparlimen telah memudahkan rakyat menyatakan pendapat mereka melalui wakil etnik mereka di parlimen. Mereka boleh menyatakan bantahan dan ketidakpuasan melalui suara wakil mereka mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
3. Pertumbuhan Ekonomi yang baik.
Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dapat mengurangkan jurang perbezaan dan tuntutan ekonomi antara semua kaum.program yang dirancang telah berjaya diuruskan dengan baik dan memberi kesan yang positif kepada rakyat.
4. Tolak ansur budaya.
Budaya melayu yang diamalkan menjadi teras dalam kebudayaan kebangsaan dan budaya lain boleh diamalkan oleh etnik. Penganjuran majlis perayaan yang mendapat kerjasama daripada semua kaum dapat merapatkan hubungan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum.
1. Strategi Perundangan
Peruntukan Perlembagaan
Penguatkuasaan undang-undang yang berperanan mencegah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Hasutan.
2. Strategi Politik
Politik perikatan
Rukunegara
3. Strategi Ekonomi
Agihan kekayaan secara adil dan merapatkan jurang kemiskinan antara kaum. Cth: DEB.
4. Strategi Sosial
Satu bahasa
Satu akhbar
Sistem persekolahan dan kandungan silibus yang seragam
Pengenalan matapelajaran wajib
Garis panduan penyiaran yang seragam
Sejarah / Pegenalan
Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 mengugat keamanan dan kestabilan negara dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengistihar darurat
Pengisytiharan darurat menyebabkan kerajaan berparlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk keamanan, menegakkan semula undang-undang dan sijap saling mempercayai dalam kalangan rakyat
MAGERAN menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) di bawah peraturan –peraturan perlu Majlis Perundingan 1970 berfungsi membincangkan isu-isu perpaduan nasional dan menyelesaikan masalah hubungan antara kaum
MPN memutuskan negara Malaysia yang berbilang kaum memerlukan satu ideology negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat kearah pembentukan negara yang bersatu-padu
Rukun Negara telah diistiharkan oleh Yang Dipertaun Agong pada 31 Ogos 1970
1. Mencapai perpaduan yang lebih erat
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan perbezaan kepercayaan masing-masing
2. Mencipta sebuah masyarakat yang adil
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara
Masyarakat yang adil akan wujud jika kekayaan negara dapat dibahagikan adil dan saksama
3. Memelihara satu cara hidup demokratik
Perlembagaan negra menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara.
4. Membentuk satu sikap yang liberal
Masyarakat negara bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara
5. Membina sebuah masyarakat yang progresif
Kita bercita-cita mewujudkan sebuah masyarakat progresif mencapai kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras perkembangan teknologi dunia tanpa sempadan
Namun begitu kemajuan teknologi tidak akan menjadikan rakyat terkeluar daripada batas agama dan nilai ketuhanan
1. Memupuk perpaduan
Perlu dijalankan secara berterusan, berkesinambungan, berhemah dan tertib
Kombinasi nilai-nilai murni seperti kasih sayang,bertolak ansur dan menjaga ukhwah hendaklah dimiliki oleh setiap individu
Perlaksanaan peringkat sekolah rendah melalui kurikulum
Perpaduan meliputi ciri-ciri afektif individu seperti perasaan, emosi, sentiment sikap dan nilai
2. Sifat toleransi
Sifat ini keperluan dalam hidup manusia terutama dalam masyarakat Malaysia yang terdiri pelbagai kaum, agama dan kepercayaan
Toleransi bermaksud boleh bertolak ansur,sedia mendengar pandangan orang lain dan mampu mengelakkan pergaduhan
3. Memelihara keadailan
Tujuan keadilan ialah menjamin keharmonian dan kesejahteraan
Adil ialah meletakkan sesuatu pada hakknya
Adil juga bermaksud tindakan hukuman atau keputusan yang diambil mendasari pertimbangan yang wajar dan berpatutan
Dalam semua perkara rakyat perlu dilayan sama rata tanpa mengira perbezaan warna kulit, kepercayaan, jantina dan lain-lain lagi
4. Mengamalkan kebebasan
Kebasan dalam sistem deokrasi membolehkan rakyat bersuara untuk meyampaikan pandangan dan pendapat masing-masing
5. Sifat hormat-menghormati
Mengamalkan sifat saling hormat-menghormati kepada ibu bapa,jiran, orang lebih tua, raja, pemimpin dan adat resam kaum lain.
Sifat ini lah yang akan melahirkan perasaan memuliakan , menghargai dan menghormati orang lain bagi mewujudkan keamanan sejagat
6. Amalan bekerjasama
Sifat muafakat dalam gotong-royong merupakan amalan bekerjasama dalam masyarakat tanpa membawa maksud meminta upah
Mampu melahirkan persefahaman yang utuh dan mantap
7. Semangat patriotism dan nasionalisme
Setiap individu dituntut mempunyai peranan dan tanggungjawab mengekalkan keamanan negara
Faktor yang mempengaruhi perpaduan dan integrasi nasional
Usaha ke arah perpaduan dan intergrasi nasional
Strategi pemantapan perpaduan bagi mewujudkan hubungan dan interaksi sosial dalam kalangan pelajar
Latar belakang Rukun Negara
Objektif dan Prinsip Rukun Negara
Strategi pemantapan berdasarkan penghayatan Prinsip Rukun Negara