Perlembagaan
Malaysia
Malaysia
Definisi PerlembagaanSatu bentuk dokumen rasmi atau perlembagaan bertulis yang mengandungi peraturan & undang-undang menentukan corak pemerintahan sesebuah Negara demi mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan damai.
Tujuan Perlembagaan
Ciri-ciri perlembagaan
Kepentingan Perlembagaan
Pindaan perlembagaan
Sistem pemerintahan menjadi lebih teratur, licin dan adil
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan rakyat dan kerajaan
Menjaga keamanan dan kestabilan negara
Alat rujukan bagi menyelesaikan masalah
Mengekalkan identiti negara / menjamin keutuhan dan kedaulatan negara
Menjadi sumber rujukan bagi semua hal-ehwal negara
Memastikan pengasingan kuasa di kalangan badan-Badan pemerintah terjamin
Menjamin kedaulatan undang-undang
Kestabilan dalam pemerintahan Pemerintah melaksanakan tatacara lazim yang menjadi kebiasaan umum supaya rakyat dapat mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
Tanggungjawab ke atas rakyat Permintaan rakyat merupakan panduan bagi kerajaan untuk bertindak
Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihanraya
Pembahagian kuasa Kerajaan bertindak sebagai pembuat dan pelaksana dasar
Kerajaan bersifat terbuka Perbincangan di Parlimen seperti belanjawan negara dan pembuat dasar-dasar baharu di umum menerusi media supaya rakyat lebih maklum
Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.
Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.
Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.
Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui 4 cara sepertimana yang digariskan di bawah Perkara 159 & 161E:
Mendapat pungutan suara majoriti biasa dari tiap-tiap buah Majlis Parlimen
Mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap Majlis Parlimen
Mendapat suara dua pertiga dari tiap-tipa Majlis Parlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja
Perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan suara dua pertiga Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri
Perkara 152 menegaskan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa kebangsaan.
Bahasa Melayu mesti digunakan untuk maksud rasmi dan Bahasa selain Bahasa melayu tidak dilarang untuk digunakan.
Peruntukan perkara 160 (6 a) dengan jelas menyatakan bahawa walaupun dalam keadaan darurat, hal-hal yang berhubung dengan Bahasa melayu adalah dilindungi oleh perlembagaan.
Akta Bahasa kebangsaan 1967 juga memperutukkan Bahasa Melayu sebagai satu-satunya Bahasa rasmi tunggal.
Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan sebagai medium penyatuan bangsa Malaysia yang pelbagai kaum.
Proses pemilihan dan penetapan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan adalah melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan semua kaum di negara ini.
Bahagian 1, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama Islam sebagai agama persekutuan tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.
Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Manakala YDPA akan bertindak sebagai Ketua agama Islam bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan.
Pada 17 Oktober 1968, Majlis Raja-Raja telah menubuhkan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam bertujuan menyelaras pentadbiran Hal Ehwal Islam pada peringkat persekutuan.
Di peringkat negeri-negeri, Majlis agama Islam ditubuhkan. Peranan majlis ini untuk menasihati Raja atau Sultan dalam hal berkaitan agama Islam.
Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan persekutuan untuk mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain kepada orang yang menganuti agama Islam.
Hak-hak istimewa orang Melayu dinyatakan dalam perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan.
YDPA bertanggungjawab menjamin kedudukan orang Melayu dan juga melindungi hak kaum lain.
Hak keistimewaan orang Melayu merujuk kepada 3 perkara utama iaitu Perkhidmatan awam, ekonomi & pendidikan.
Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang Melayu sebagai:-
Orang yang beragama Islam
Bertutur menggunakan Bahasa Melayu
Mengamalkan adat budaya Melayu
Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura atau seseorang itu telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura pada hari Merdeka.
Bumiputera di Sabah dan Sarawak termasuk bukan Melayu tergolong menerima keistimewaan sepertimana yang di perolehi orang Melayu di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, kepentingan kaum lain juga hendaklah di lindungi.
Hak kewarganegaraan terkandung dalam bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 14 hingga 22 mengandungi hak dan cara-cara mendapatkan kewarganegaraan
Perkara 23 hingga 28 pula berkaitan dengan kehilangan Hak Kewarganegaraan.
Secara umumnya, seseorang itu, boleh mendapatkan kewarganegaraan Malaysia melalui
Kuatkuasa undang – undang
Pendaftaran
Permohonan kemasukan
Pencantuman Wilayah.
Seseorang itu boleh kehilangan hak warganegara berdasarkan DUA sebab berikut :
Apabila seseorang itu menolak kewarganegaraannya.
Apabila terlucut atau dilucut oleh Perlembagaan Malaysia apabila seseorang itu melakukan tindakan yang bertentangan dengan kehendak Perlembagaan seperti berikut:
Tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan dengan menjadi warganegara asing.
Tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya.
Telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada LIMA tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di pejabat konsul Persekutuan.
Setiap orang mempunyai hak asasi dan kebebasan masing-masing. Ini merupakan perkara asas dalam kehidupan.
Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada setiap individu yang bersesuaian dengan fitrah.
Hak ini meliputi pelbagai perkara seperti hak pendidikan, hak untuk bergerak, hak memiliki harta, hak menyuarakan pendapat dan sebagainya.
Kebebasan Asasi yang digunapakai dalam Perlembagaan Malaysia merujuk kepada hak asasi yang diberikan kepada rakyat
Bahagian II, perkara 5 hingga 13 telah memperuntukkan hak asasi sebagaimana berikut:
Kebebasan diri
Keabdian dan kerja paksa di larang
Perlindungan daripada undang-undang jenayahkuat kuasa kebelakang dan perbicaraan berulang
Kesamarataan
Larangan buang negeri dan
kebebasan bergerak
Kebebasan bercakap, berhimpun
dan berpersatuan
Kebebasan beragama
Hak terhadap pendidikan
Hak terhadap harta