Struktur Pemerintahan di Malaysia di Ketuai oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara, di bawah baginda terdapat tiga badan utama iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
Badan Perundangan berfungsi membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun.
Badan Eksekutif atau badan Pelaksana berperanan menjalankan kuasa pemerintahan dan menguatkuasa undang-undang tetapi tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman.
Badan Kehakiman berperanan menjalankan kehakiman dan mentafsir undang-undang. Badan ini tidak boleh menjalankan kuasa eksekutif dan membuat undang-undang.
Demokrasi adalah satu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah di tentukan oleh rakyat
Maksud demokrasi adalah pemerintahan yang dijalankan secara berperwakilan
Terdapat 2 corak demokrasi iaitu
Raja Berperlembagaan dimana Raja sebagai pemerintah tertinggi negara serta dibantu oleh Perdana Menteri
Republik yang diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya
Perlembagaan
Raja Berperlembagaan
Parlimen
Kebebasan Asasi
Pilihanraya
Kuasa Pemerintah
Parti Politik
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara. Ianya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut pembentukan dalam perlembagaan Malaysia. YDPA bertindak berdasarkan Perlembagan Malaysia.
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan, dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada pada peringkat negeri mahupun persekutuan . Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
Kuasa Pemerintahan, Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerinahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaiu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman
Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa.
Kebebasan Asasi,terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat. Kebebasan mutlak adalah kebebasan yang tidak bersyarat. Manakala kebebasan bersyarat pula berlandaskan kepada peraturan tertentu.
Institusi Raja di Malaysia wujud sejak era Kesultanan Melaka pada awal kurun ke 11.
Raja merupakan tonggak pemerintahan dan lambang kedaulatan negeri.
Raja mempunyai kuasa mutlak dan berdaulat atas negeri dan jajahan takluknya.
Raja berperlembagaan bermaksud pemerintahan beraja yang di ketuai oleh YDPA hendaklah mematuhi peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
YDPA bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan atas nasihat Perdana Menteri. Apabila menjalankan tanggungjawab, YDPA tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan
YDPA dipilih oleh Majlis Raja-Raja yang terdiri dikalangan 9 orang Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir dalam tempoh pentadbiran selama 5 tahun. Merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan. Mempunyai 2 tugas dalam perlembagaan iaitu Tugas Rasmi dan Kuasa Budi Bicara
Kuasa Eksekutif
Kuasa Eksekutif terletak pada YDPA atas nasihat Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. YDPA memperolehi maklumat tentang pemerintahan persekutuan daripada kabinet. YDPA akan diiringi oleh Perdana Menteri semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja yang membincangakan mengenai dasar-dasar negara.
Kuasa Kehakiman
YDPA berkuasa melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-Hakim Besar, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri dan mempunyai Kuasa Mengampun untuk kesalahan:-
Kesalahan yang dibicarakan & Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera
Kesalahan yang dilakukan dalam mana-mana Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya & Labuan)
Kesalahan yang dilakukan & hukuman dijatuhkan oleh mahkamah Syariah Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Kuasa Perundangan
YDPA merupakan salah satu komponen Parlimen:-
Berkuasa memanggil, Menangguh dan Membubarkan Parlimen
Memberi titah Ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen atau dalam kedua-dua majlis Parlimen serentak
Rang Undang-undang yang diluluskan Parlimen perlu mendapat persetujuan YDPA sebelum dijadikan Undang-Undang
Kuasa Budi Bicara
Perkara 40 (2) – YDPA boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam 3 perkara berikut:
Melantik Seorang Perdana Menteri
Tidak menyetujui Permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen
Meminta diadakan mesyuarat majlis Raja-Raja untuk membincangkan hal-hal berkaitan kedudukan dan keistimewaan raja-raja
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasminya pada 1948 iaitu semasa penubuhan persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union. Sebelum itu, negeri di semenanjung diperintah secara berasingan iaitu:-
LIMA negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Kesah dan Perlis
EMPAT negeri Melayu bersekutu iaitu Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak
DUA negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang.
Negeri Melayu Bersekutu menganjurkan DURBAR (Majlis Mesyuarat Raja-Raja) dengan pihak British. DURBAR ini menjadi pelopor kepada penubuhan Majlis Raja-Raja.
Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara berhubung dengan tugas berikut:
Memilih atau memecat YDPA atau Timbalan YDPA.
Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang ditetapkan oleh perlembagaan.
Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja.
Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh persekutuan.
Perlantikan anggota mahkamah khas
Pemberi ampun, replief atau respite atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman.
Majlis Raja-Raja ditubuhkan dibawah perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi dan tugas majlis Raja-Raja dinyatakan dalam jadual ke 5 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
Memilih YDPA dan Timbalan YDPA
Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama seluruh persekutuan.
Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Melantik anggota Mahkamah Khas
Memberi pengampunan, atau menunda hukuman atau meringankan hukuman yang telah dijatuhkan.
Majlis Raja-Raja boleh menimbangkan dasar-dasar negara dan apa-apa perkara lain yang difikirkan patut.
Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran Raja-Raja diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Majlis Raja-raja perlu diminta pendapatnya sebelum dibuat apa-apa perubahan mengenai dasar tindakan pentadbiran dibawah perkara 153 (kedudukan keistimewaan orang melayu dan bumiputra serta hak kaum-kaum lain)
Badan Perundangan
Badan Pelaksana
Badan Kehakiman
Dari segi perundangan, Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam perundangan Malaysia. Dewan ini akan membahaskan rang Undang-Undang dengan lebih teliti. Dewan ini diwujudkan untuk memastikan kepentingan kerajaan negeri terjamin.
Badan Perundangan di Malaysia boleh dibahagikan kepada DUA iaitu Persekutuan dan Negeri.
Badan Perundangan PERSEKUTUAN terdiri daripadaYang
Di Pertuan Agong
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Badan Perundangan NEGERI terdiri daripada
Yang Di Pertuan Agong
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Badan Perundangan NEGERI terdiri daripada
Raja / Sultan / Yang Di Pertuan Negeri / Yang Di –Pertuan Besar
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Dalam melaksanakan kuasa Legislatif, Parlimen memainkan peranan penting.
Perlimen berfungsi semasa proses penggubalan undang-undang dijalankan.
DUA orang ahli bagi setiap negeri
DUA orang ahli Wilayah Persekutuan KUALA LUMPUR
Seorang dari Wilayah Persekutuan LABUAN dan dan seorang dari Wilayah Persekutuan PUTRAJAYA
40 Orang yang di lantik oleh YDPA
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 30 tahun
Sempurna akal
Bukan seorang muflis
Ahli Dewan Negara di Panggil Senator
Jawatan di pegang selama satu penggal (3 tahun dan boleh di sambung selama satu penggal lagi
Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen
Dewan Negara tidak boleh menolak rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi mempunyai kuasa untuk menangguh rang Undang-Undang tersebut
Dewan Rakyat merupakan komponen yang sangat penting dalam perundangan Malaysia
Ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihanraya
Fungsi Dewan Rakyat untuk menggubal undang-undang dan membincang perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 21 tahun
Sempurna akal
Bukan Seorang Muflis
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan dewan rakyat dan dewan negara dalam satu masa
Diistiharkan seorang yang tidak sempurna akal
Muflis yang belum dibebaskan
Memegang jawatan bergaji dan berfaedah
Tidak menghadiri persidangan Dewan selama 6 bulan berturut – turut tanpa mendapat keizinan dari Dewan
Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam tempoh yang di tetapkan setelah mengambil bahagian dalam pilihanraya
Disabitkan kesalahan oleh mahkamah persekutuan dan dihukum penjara melebihi 1 tahun atau di denda melebihi RM 2000.00 serta tidak mendapat keampunan
Memperolehi warga negara asing secara sukarela dan membuat pengakuan taat setia kepada negara asing
Draf rang undang-undang disediakan
Bacaan Pertana (Dewan Rakyat)
Bacaan Kedua
Peringkat Jawatankuasa
Bacaan Kali Ketiga
Dewan Negara
Bacaan Kali Pertama
Bacaan kali Kedua
Peringkat Jawatankuasa
Bacaan Kali ketiga
Perkenan YDPA
Diwarta dan dicetak
Badan kehakiman bertanggungjawab bagi memastikan perlembagaan persekutuan dipatuhi
Menegakkan keadilan mengikut peruntukan undang-undang agar hak asasi manusia di lindungi dari pencabulan dari mana-mana pihak.
Badan kehakiman mempunyai kuasa untuk membicara dan menyelesaikan permasalah serta menghukum pesalah melalui pihak Mahkamah
Kehakiman (kadang-kala juga dipanggil judisiari)merupakan badan yang bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang-undang.
Yang Di-pertuan Agong melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Besar Serta Hakim-hakim Mahkahmah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja
Mentafsir Undang-undang
Mengadili Tindakan-tindakan Sivil
Mengadili Pendakwaan Jenayah
Mendengar Rayuan Dari Mahkamah Bawahan
Membuat Dekri Hal Ehwal Keluarga (Perceraian, Nafkah)
Pengurusan Pusaka
Mengeluar Waran Tangkap
Pilihanraya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan atau negeri.
Secara umumnya, pilihanraya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat persekutuan dan negeri.
Pengendian dilakukan secara sulit
Ketelusan pengundian tercapai melalui prosedur yang kemas dan teratur.
Pengiraan undi dilakukan secara terbuka
Calon mendapat undi terbanyak di kira menang walaupun dengan majoriti mudah
Menubuhkan Sebuah Kerajaan Demokrasi
Mengekalkan pucuk pimpinan
Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi
Menguatkan kestabilan dan legitimasi jawatan tertinggi
Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik
Meneruskan legasi negara Demokrasi Berparlimen
Memberi peluang kepada rakyat untuik memilih dan menukar pucuk pimpinan.
Membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu
Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih
Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.
Namanya terdapat dalam senarai daftar pemilih
Berumur 18 tahun
Bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia
Tinggal di mana- mana kawasan pilihanraya
Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun dan ke atas
Bermastautin di Malaysia
Sempurna akal
Bukan seorang muflis
Tidak memegang jawatan dalam Perkhidmatan Awam
Tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah
Mendapat pengampunan jika mempunyai rekod jenayah
Tidak pernah didenda tidak kurang daripada RM 2000.00
Tidak membuat akuan taat setia kepada negara luar
Bertanding atas nama parti atau sebagai calon bebas
Mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon
Tidak pernah dihukum penjara melebihi 12 bulan
TARIKH Menetapkan Tarikh Penamaan Calon & Pengundian
PENAMAAN Calon Yang Bertanding
MANIFESTO Parti Yang Bertanding Menyediakan Manifesto
KEMPEN Melancarkan Kempen Pilihan Raya
TEMPAT Pengumuman Tempat Pengundian & Tempat Pengiraan Undi
KERTAS UNDI Pemberian Kertas Undi Yang Mengandungi Lambang Parti Calon Yang Bakal Dipilih Kepada Pengundi
UNDI Pembuangan Undi Dengan Memangkah Calon Pilihan Raya Pada Kertas Undi Dan Memasukkan Ke Dalam Peti Undi Kira - Pengiraan Undi
UMUM Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Oleh Pegawai Pilihan Raya