Perjuangan Kemerdekaan (M1 - M2)
Perjanjian Inggeris-Belanda (17/3/1824) menjadikan Melaka dikuasai British
British mendakwa Naning adalah sebahagian Wilayah Melaka merujuk kepada Perjanjian British - Naning (1801)
Gabenor Fullerton berpendapat bahawa penduduk Naning perlu membayar 10% daripada hasil ekonomi mereka
Keadaan ini menimbulkan kemarahan penduduk Naning
Penduduk Naning pernah membayar 10% sebelum ini sebagai tanda persahabatan dan naungan dan bukannya sebahagian daripada wilayah British
Cadangan pegawai British ini telah ditentang oleh Dol Said dan para pengikutnya, kemarahan Dol Said adalah disebabkan oleh yang berikut:-
Pengenalan Peraturan 42 (Peraturan Penghulu)
Isu sekatan pemerintahan, tanah dan hamba
Perang Naning tercetus pada Julai 1831, Dol Said diisytiharkan sebagai pemberontak pada 15 Julai 1831
British telah menghantar tentera untuk menangkap Dol Said dan memaksa pengikutnya supaya menerima cadangan British
Serangan pertama British mengalami kekalahan, serangan kedua British pada 1832. Dol Said mendapat sokongan penduduk Rembau, Seri Menanti dan Sungai Ujong berjumlah 1,400 orang. Dol Said dan pengikutnya tewas.
Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20/01/1974, Perak menerima seorang Residen Inggeris bernama JWW Birch dan perlantikan ini tidak dipersetujui oleh Sultan Abdullah dan pembesar Melayu yang lain, mereka tidak memberikan kerjasama kerana tidak suka dengan tingkahlaku residen ini serta sistem residen.
Berlaku komplot untuk membunuh JWW Birch. Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata kepada Dato' Maharaja Lela. Dato' Maharaja Lela mengarahkan Pandak Induk dan Seputum membunuh JWW Birch pada 2/11/1875 di Pasir Salak
Faktor penentangan:-
Fahaman dan fungsi Residen yang berbeza
Kerajaan British menyekat hak mengutip cukai yang sebelum ini diamalkan oleh Sultan Abdullah dan Pembesar lain
Kerajaan British menggunakan JWW Birch untuk memaksa sultan menandatangani surat kuaa kepada kerajaan British pada tahun 1875
Perubahan yang dilakukan oleh JWW Birch terlalu mendadak seperti menghapuskan sistem pengabdian hutang, memberi perlindungan kepada hamba yang lari dari tuannya dan campurtangan dalam adat resam orang Melayu
Keberanian dan sikap penduduk tempatan yang sangat menonjol. British telah menyerang Pasir Salak pada November 1875 kerana pembunuhan JWW Birch. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut dan Seputum telah digantung di Matang pada 20/01/1877. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim telah dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
Penguasa Daerah Kelang iaitu Raja Sulaiman telah mangkat pada 1849. Sultan Selangor mengurniakan Daerah Kelang kepada Raja Abdullah. Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan Raja Mahadi iaitu anak kepada Raja Sulaiman.
Keadaan ini menyebabkan berlaku permusuhan antara kedua belah pihak. Pada tahun 1887 Raja Mahadi telah berjaya mengusir Raja Abdullah. Apabila Raja Abdullah mangkat, anaknya Raja Ismail memusuhi Raja Mahadi.
Pada tahun 1868, Sulatan Selangor telah melantik Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor untuk menyelesaikan masalah ini. Tengku Kuding menyebelahi Raja Ismail dan membantunya merampas semula Klang pada tahun 1870
Hal ini telah mendorong British untuk campur tangan. British turut memberi sokongan kepada Raja Ismail dan Tengku Kudin. Hal ini telah menambahkan lagi tentangan kepada Raja Mahadi.
Walaupun peristiwa di Selangor merupakan perang saudara, tetapi akibat penglibatan British dalam perang itu, tentangan Raja Mahadi telah menampakkan tentangan penduduk tempatan terhadap British
Campurtangan British di Pahang bermula apabila Pahang dipaksa menerima residen British JP Roger yang dilantik pada Oktober 1888.
Residen British telah melakukan beberapa perubahan antaranya menetapkan sempadan daerah untuk mengawal kuasa pembesar dan juga pembentukkan undang-undang bertulis yang moden.
Kuasa Residen mengatasi kuasa konsul dan mendapat tentangan pembesar dan rakyat jelata. Penentangan sistem residen ini mencetuskan pemberontakan di bawah 3 orang tokoh tempatan yang terkemuka iaitu Dato'Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
Faktor-faktor pemberontakan
Sultan dan pembesar Pahang kehilangan kuasa dan keistimewaan
British memperkenalkan undang-undang Tanah yang menyekat kebebasan pembesar Melayu dalam sumber ekonomi mereka
Menghapuskan sistem kerah dan hamba abdi
Pembesar Melayu tidak boleh menghakimi kes-kes jenayah sivil
Residen British berkuasa membuat keputusan penting dalam Majlis Mesyuarat Negeri
British telah menggantikan penghulu-penghulu tradisi di enam daerah di Pahang dengan Pegawai British. Antaranya Dato'Bahaman dan Tok Gajah
Sultan Ahmad dipaksa menyerahkan kuasa kepada anaknya iaitu Tengku Mahmud kerana lebih disenangi oleh British. Keengganan British menaikkan elaun Dato'Bahaman dan Tok Gajah telah menimbulkan kemarahan.
Rakyat Pahang tidak berpuas hati kerana British memperkenalkan sistem lesen dan permit kepada rakyat yang ingin memungut hasil hutan, rakyat tidak dibenarkan memakai keris. British memperkenalkan hasil tanah dan sistem kerahan bagi pelaksanaan projek-projek awam, denda dan hukuman penjara sekiranya ingkar.
Ketidakpuasan hati rakyat dan pembesar Melayu telah mencetuskan pemberontakan pada Disember 1891. Dato'Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah telah mengetuai kebangkitan tersebut. Kebangkitan pertama tidak berjaya dan memaksa Dato' Bahaman berundur ke Kelantan
Penentangan kedua pada tahun 1894 juga tidak berjaya, Dato'Bahaman membawa diri ke Siam, sementara Tok Gajah dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu.
Perjanjian Inggeris - Siam 1909, Siam menyerahkan Kelantan kepada British. James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama.
Penentangan terhadap British dicetuskan oleh pedagang tempatan yang bernama Haji Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut, disertai oleh Engku Besar Tun Ahmad Jeram, Haji Said Cherang, Adam (Penghulu Jeram), Ishak dan Khatib Abu Bakar.
Punca-punca penentangan:-
Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
Pembesar Melayu Tun Ahmad kehilangan kuasa apabila British melantik Pegawai Daerah di Pasir Puteh.
Beliau telah kehilangan pendapatan utama dan terpaksa membayar cukai
Penghulu juga telah ditukar kepada penghulu yang baru
Pengenalan sistem Tanah Baru 1915
Pengenalan cukai hasil pertanian dan penternakan
Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
Perasaan tidak puas hati akhirnya mencetus satu penentangan yang diketuai oleh Tok Janggut di daerah Pasir Puteh pada 29 April 1915.
Dengan bantuan Sultan Kelantan, British telah berjaya menumpaskan penentangan ini dan membunuh Tok Janggut pada 24 Jun 1915.
Diketuai oleh Haji Andul Rahman bin Haji Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong
Pemberontakan Tani pada tahun 1928 melibatkan sebahagian besar golongan petani iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah
Sebelum kedatangan British, pemilikan tanah adalah berdasarkan "tanah tebang"dan "tanah waris". Tidak terdapat dokumen pemilikan tanah.
Faktor pencetus pemberontakan:-
Pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala yang dikenakan kerajaan British menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan penduduk tempatan
Sistem pendidikan barat yang dikenakan British berbeza dengan sistem pendidikan tradisional yang bercirikan Islam
Pengenalan 'Pas Pengenalan'kepada rakyat yang membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan telah membebankan rakyat. Tambahan pula rakyat mengusahakan pertanian pindah dan tempat pengambilan pas jauh dari tempat tinggal mereka
Larangan penerokaan hutan yang kurang dari 7 tahun, larangan membawa senjata, suntikan cacar, sekatan pemburuan haiwan liar, penamatan lembu dan kerbau, pendaftaran kelahiran dan kematian dengan segera juga dilihat sesuatu yang membebankan rakyat
Faktor ini menjadi penyebab kepada kebangkitan rakyat Terengganu dan pada 21 Mei 1928 orang Melayu telah menyerang balai polis di Kuala Berang, penentangan ini berjaya dipatahkan oleh Britis dan Haji Abdul Rahman Limbong telah dibuang negeri ke Mekah dan beberapa orang pengikutnya telah dipenjarakan.
Sebelum perang dunia kedua, Sarawak telah ditadbir oleh Dinasti Broke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke
Antara pemberontakan terhadap pentadbiran Dinasti Brooke:-
Semasa pemerintahan James Brooke (1853), beliau telah menghapuskan amalan pemburuan kepala musuh yang menjadi amalan tradisi penduduk pribumi Sarawak. Kumpulan Dayak Laut yang diketuai oleh Rentap telah menyerang kubu kerajaan dan berjaya membunuh seorang pegawai British. James Brooke telah beberapa kali cuba membunuh Rentap tetapi gagal. Walau bagaimana pun kubu mereka berjaya dimusnahkan
Pada tahun 1893, ketika pemerintahan Charles Brooke, masyarakat Iban telah menyerang tentera Brooke di hujung Sungai Batang Lupar yang diketuai oleh Banting, ini disebabkan Charles Brooke cuba menghapuskan adat dan tradisi tempatan. Angkatan Banting ini telah tewas pada tahun 1908.
Pada tahun 1920, semasa pemerintahan Vyner Brooke, orang Dayak telah menentang pengenalan pembayaran cukai, pemberontakan di Sungai Kanowit ini diketuai oleh Penghulu Asun. British cuba menjejaki Penghulu Asun dan pada tahun 1932, Asun telah menyerah diri dsn dibuang negeri ke Lundu.
Sebelum perang dunia kedua, Sabah terletak di bawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British. Telah berlaku 2 penentangan, pertama di bawah pimpinan Mat Salleh dan yang kedua di bawah pimpinan Rundum
Kebangkitan Mat Salleh
Mat Salleh anak kepada seorang pembesar berketurunan Bajau dan Sulu, merupakan seorang pedagang dan pahlawan, punca utama kebangkitan adalah disebabkan pembanguan British yang menyukarkan rakyat tempatan dan sekatan terhadap pembesar tempatan
Tercetus penentangan di Sungai sugut pada tahun 1894, dan pada Ogos 1895 Residen Berraut telah menyerang kampung Mat Salleh
Mat Salleh memberontak dan membakar Pekan Pulau Gaya yang memusnahkan rumah dan pejabat residen di Ambong.
Mat Salleh terbunuh dalam satu pertempuran pada 13 Januari 1900
Kebangkitan Rundum
Kebangkitan ini tercetus oleh kaum Murut pada Februari 1915 di Daerah Rundum yang diketuai oleh Antanum
Faktor pencetus disebabkan oleh cukai yang dikenakan ke atas beras dan ubi kayu yang merupakan bahan penting untuk membuat tapai. Tapai merupakan makanan tradisi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Murud
Pembentukan Malaysia (M3)
Kekalahan kepada Jepun semasa perang dunia kedua telah menyebabkan British mengkaji semula sistem pentadbiran di Tanah Melayu. Pada Julai 1943, Malayan Planning Unit telah ditubuhkan bagi merangka perlembagaan baru Tanah Melayu
Pada 15 Ogos 1945 Jepun menyerah kalah. selepas itu Sir Harold Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan secara tidak sah,
Pengisytiharan King's House pada Januari 1946, Gabenor Pertama Sir Edward Gent
Perasaan anti-Melayu, sebab orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini
Penyatuan wilayah berasingan dan meningkatkan kecekapan pentadbiran
percubaan British ke arah pemerintahan sendiri oleh masyarakat tempatan
Untuk mengintergasikan kaum Melayu, Cina dan india menjadio komuniti yang kuat. Seterusnya membentuk bangsa 'Malayan Union'.
Mengawal ekonomi & kuasa politik Melayu
Menjimatkan kos pentadbiran
Penguasaan sumber ekonomi bijih timah dan getah
Memastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur tidak terjejas
Memperkukuhkan pertahanan British
Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota
Singapura kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota British di bawah seorang gabenor British yang berasingan
Negeri Melayu bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri Selat digabungkan. Pentadbiran bersifat kesatuan (Union) dan bukan persekutuan (Federation)
Raja hanya sebagai penasihat kepada Gabenor British.
Perlembagaan Malayan Union memberikan hak kerakyatan yang sama tanpa mengira bangsa dan keturunan berdasarkan prinsip jus soli
Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang berkuasa penuh dalam hal pentadbiran dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan
Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Kedudukan Raja Melayu dikekalkan tetapi berkuasa dalam hal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Sebuah negara kesatuan
Menggabungkan 11 Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tak Bersekutu dan 2 Negeri Selat
Singapura diasingkan dan menjadi Tanah Jajahan Mahkota iaitu sebagai pelabuhan bebas
Malayan Union diketuai Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England
Pesuruhjaya mengetuai negeri sebagai Ketua Pentadbir
Kerakyatan sama rata berdasarkan prinsip Jus Soli
Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja dan hanya membincangkab soal agama dan adat
Majlis Eksekutif & Majlis Undangan diwujudkan sebagai badan pelaksana & perundangan
Kehilangan kedaulatan raja, kuasa Raja-Raja Melayu akan terhakis
Pemberian kerakyatan secara Jus Soli yang mengancam status quo Melayu
Digubal tanpa mendapat pandangan daripada orang Melayu
Kaedah Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu menggunakan kekerasan dan paksaan
kebimbangan warisan Melaui tergugat
Tidak bersedia untuk membuat perubahan politik
Bimbang kedudukan Agama Islam tercabar
Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding
Mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana British menjanjikan kerakyatan yang sama
British menangguhkan hak kerakyatan kerana mendapat tentangan daro orang Melayu menyebabkan orang Cina menganggap British mungkir janji
Tindakan British mengeluarkan Singapura dari Malayan Union mendapat kecaman dari orang Cina
Bantahan orang Cina melalui akhbar Cina dan pertubuhan berhaluan kiri Malayan Democratic Union - MDU
Kaum India tidak berminat dengan politik Tanah Melayu kerana mereka lebih memberi tumpuan kepada perkembangan politik di India (Parti Kongress India)
Penentangan yang hebat daripada orang Melayu menyebabkan British mengkaji semula penubuhan Malayan Union. Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja yang dianggotai oleh wakil British, Wail Raja Melayu dan Wakil Umno dibentuk bagi merangka perlembagaan baru.
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948, yang bertujuan mengantikan Malayan Union, ini merupakan kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu.
Singapura disatukan dengan Tanah Melayu, sebuah kerajaan pusat dan kerajaan negeri akan dipih melalui pilihanraya. Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat. Hak keistimewaan orang Melayu diwujudkan. Adat istiadat dan hal ehwal Agama Islam dikawal oleh orang Melayu. Hak kerakyatan yang sama rata. Warna merah dan putih menjadi latar belakang Bendera Tanah Melayu.Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Agama Islam menjadi Agama Rasmi. Pertahanan dan hal ehwal negeri menjadi tanggungjawab bersama antara British dan Tanah Melayu. Warganegara Tanah Melayu harus dinamakan "Melayu""
Ketegasan Orang Melayu
Bimbang pengaruh golongan radikal Melayu
Gesaan Piagam Atlantik
UMNO tidak menuntut kemerdekaan
Perpaduan orang Melayu
Sokongan Pegawai Tinggi British
Sikap politik orang Melayu yang sederhana
Gabungan 11 buah negeri
Kerajaan pusat diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
Negeri diketuai oleh Sultan
Perkongsian kuasa
Wujudnya raja berpelembagaan
Wujud senarai persekutuan & senarai negeri
Institusi raja dikekalkan
Kedudukan istimewa orang Melayu
Pada Perjanjian PTM 1948, British berjanji akan mengadakan pilihanraya Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Negeri sebagai usaha ke arah berkerajaan sendiri, rancangan ini ditangguhkan kerana terdapat pemberontakan komunis.
Pada tahun 1951, Dato'Onn Jaafar mendesak kerajaan British melibatkan pemimpin tempatan dalam urusan pentadbiran negara, maka Sistem Ahli diperkenalkan bagi melatih dan member pengalaman kepada pemimpin tempatan untuk mentadbir negara.
Sistem Ahli dianggotai oleh 9 orang, iaitu 5 pemimpin tempatan dan 4 pegawai British. Mereka diberi tanggungjawab mengetuai jabatan-jabatan kerajaan dengan kedudukan disifatkan sebagai seorang menteri. Antara pemimpin tempatan tersebut adalah Dato'Onn Jaafar sebagai Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri, EEC Thuraisingham sebagai Ahli Pelajaran, Dr Lee Tiang Keng sebagai Ahli Kesihatan dan Dato' Mahmud bin Mat sebagai Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan.
British telah mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli majlis tempatan seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dan lain lagi. Majlis tempatan ini merupakan pemimpin yang dipilih oleh penduduk dalam pilihanraya sebagai langkah awal ke arah pembentukan kerajaan sendiri.
Pada pilihanraya pertama tahun 1955, parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman bertanding di kesemua 52 kerusi. Parti Negara yang diketuai Dato'Onn Jaafar bertanding 33 kerusi, PAS 11 kerusi dan calon bebas 18 kerusi. Parti Perikatan dianggotai oleh UMNO 35 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC 2 kerusi. Mereka memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Kemenangan ini nenbolehkab pemberian taraf berkerajaan sendiri. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet dengan 10 orang menteri (6 UMNO, 3 MCA dan 1 MIC)
Pada Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman telah menghantar surat memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British menyatakan hasratnya untuk merunding soal kemerdekaan Tanah Melayu. Dua perkara dalam surat tersebut ilah pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin dan penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu yang baru.
Wakil Raja-Raja Melayu dan Wakil Perikatan telah berunding dan bersetuju untuk memindah perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pada 1 Januari 1956, satu rombongan kemerdekaan yang disertai oleh 4 orang wakil Raja-Raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan telah bertolak ke London.
Rundingan kemerdekaan ini telah bersetuju mencapai beberapa persetujuan, iaitu:-
Kerajaan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Tanah Melayu kekal dalam lingkungan Komenwel dengan mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi.
Rakyat tempatan akan menggantikan pegawai British memegang beberapa jawatan penting.
Kerajan British dibenarkan menempatkan tentera di Tanah Melayu.
Sebuah badan bebas dibentuk untuk menggubal satu perlembagaan baharu.
Pada Jun 1956, satu suruhanjaya dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang di kenali sebagai Suruhanjaya Reid yang ditugaskan untuk merangka Perlembagaan baharu Persekutuan Tanah Melayu berdasarkan beberapa syarat, iaitu
Kewujudan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
Kedudukan istimewa orang Melayu di jamin
Kedudukan Raja-Raja Melayusebagai pemerintah berperlembagaan di negeri masing-masing terus dipelihara
Kepentingan sah kepentingan kaum bukan Melayu dilindungi
Pembentukan negara yang berasaskan prinsip-prinsip demokrasi
Empat ciri utama yang di cadangkan dalam Perlembagaan 1957:-
Ketua negara bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah YDPA yang dipilih dari kalangan Sembilan orang Raja-Raja Melayu.
Ketua Kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu adalah Perdana Menteri yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat.
Sebuah Badan Perundangan di peringkat persekutuan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Ketua Perlembagaan bagi peringkat negeri adalah Raja atau Yang di-Pertuan Besar. Pentadbiran negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja_raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald Mac Gallivry pada 5 ogos 1957 di King House Kuala Lumpur. Perjanjian ini mengekalkan sebahagian struktur Perjanjian Persekutuan 1948. Pada 30 ogos 1957 jam 12.00 tengah malam, Bendera Union Jack di turunkan di Padang Kelab Selangor dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada 31 Ogos 1957, wakil Ratu Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan dokumen peristiharan kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri yang pertama. Perkataan Merdeka di laungkan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak tiga kali. Upaca ini disaksikan oleh YDPA yang pertama Tunku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad dan Raja-Raja Melayu.
Berlaku selepas enam tahun merdeka iaitu pada 16 September1963
Penggabungan ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak seperti David Marshall, Ghazali Shafiee, Tan Cheng Lock, Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman
Terdapat tentangan daripada beberapa tokoh di Asia seperti A.M Azahari di Brunei dan Ahmad Boestamam di Malaya
Mereka memberikan cadangan yang lain seperti gabungan Alam Melayu
Tunku mengunakan kaedah tunggu dan lihat bagi mendapatkan pandangan daripada semua pihak
Elak ancaman & pengaruh komunis
Mempercepatkan kemerdekaan kepada Sabah , Sarawak, Brunei & Singapura
Perkongsian faedah ekonomi
Keseimbangan Kaum
UMNO dan sebahagian besar penduduk Tanah Melayu menyokong kerana pembentukan ini dapat membantu masyarakat Bumiputera dan memperolehi manfaat secara percuma.
Sabah dan Sarawak menyokong kerana Bumiputera jauh ketinggalan, dan bakal menerima layanan yang baik.
PAS dan Barisan Sosialis berasa curiga therhadap gabungan ini.
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sangsi dengan konsep penubuhan, khuatir dijajah dan didominasi penduduk Semenanjung Tanah Melayu
Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong dengan hasrat memperolehi kemerdekaan sendiri sebelum digabungkan.
Sementara Parti Rakyat Brunei dipimpin oleh A.M Azahari menentang atas sebab lebih berminat dengan gabungan negeri-negeri di Borneo.
Parti Tindakan Rakyat menyokong dengan harapan dapat menyelamatkan parti dari ancaman golongan kiri.
Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh Singapura menentang kerana berpendapat British akan mengekalkan kuasanya.
Presiden Sukarno secara agresif menentang keras dan menyokong Parti Rakyat Brunei, berlaku konfrontasi terhadap Malaysia dengan slogan "Ganyang Malaysia". Dr. Subandrio (Menteri Luar) membuat sidang akhbar dan mengisyhtiarkan dengan rasmi penentangan pembentukan Malaysia.
MAPHILINDO ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah ini. Menteri Luar Indonesia yang baru, Adam Malik menandatangani perjanjian damai dengan tokoh-tokoh di Malaysia.
Tiada sebarang respons dari negarea Filipina
Cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman 1961
Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) 1961
Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
Penubuhan Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)
Setiausaha Agung PBB hantar wakil ke Sarawak
Pengistiharan Pembentukan Malaysia 16 sept 1963
Semua urusan Hal-ehwal Luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
Agama Islam : agama rasmi, agama lain bebas diamalkan
Kelonggaran -> Sabah & Sarawak untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam tempoh 10 tahun
Bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Identiti Kebangsaan (M4)
Maksud Identiti Kebangsaan.
Identiti Kebangsaan adalah identiti seseorang yang berkaitan dengan negara yang dia tinggal. Sama ada negara seseorang itu dilahirkan, atau dia menjadi sebahagian daripada komuniti negara itu atau dia merasakan mempunyai hubungan dengan adat dan tradisi negara tersebut.
Kemajmukan masyarakat Malaysia harus menjadi titik kebersamaan dalam membentuk identiti kebangsaan.
Identiti kebangsaan merupakan satu fenomena yang penting di era moden yang akan mendepani cabaran globalisasi.
Ciri-ciri identiti kebangsaan adalah identiti negara yang membezakan negara ini dengan negara yang lain.
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, kebudayaan dan agama.
5 identiti kebangsaan yang di maksudkan ialah Lagu Negara ku, Bendera Kebangsaan, Jata Negara, Rukun Negara, Bunga Kebangsaan
Bendera adalah simbol kewujudan dan kedaulatan sesebuah negara. Dengan mengibarkannya dapat menzahirkan rasa cinta kepada negara.
Lagu kebangsaan akan melambangkan penghormatan rakyat kepada negara dan menzahirkan perasaan bangga kepada negara.
Jata negara melambangkan kekuatan negara. Menghargai identiti kebangsaan dapat melahirkan semangat patriotik.
Memelihara Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan. Semua urusan mesti menggunakan Bahasa Melayu dan tidak menggunakan Bahasa lain.
Memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Pembentukan jati diri setiap warganegara melalui sistem pendidikan.
Semua rakyat mengekalkan rasa kepunyaan kepada bangsa dan negara. Rakyat mesti mempunyai rasa sayangkan kepada bangsa dan negara Malaysia.
Mengambil kira kepelbagaian etnik dan budaya, tanpa mempersoalkan budaya sesebuahbangsa tersebut. Apa yang utama adalah kekal mengamalkan adat dan budaya.
Identiti yang diwujudkan tidak membawa kepada perpecahan kaum. Individu sesuatu kaum bebas mengamalkan adat dan budaya mereka namun mereka berkongsi jati diri kebangsaan yang sama dengan kaum lain.