ARAHAN
Kerja lapangan perlu disediakan secara berkumpulan (3-4 orang), kerja lapangan ini hendaklah dibincangkan dengan pensyarah dan laporan kerja lapangan ini perlu dibentangkan.
SOALAN
Hidup berbilang kaum dalam masyarakat adalah sebahagian daripada sejarah dan warisan kita, Pengamalan sikap positif yang ada di kalangan masyarakat berbilang kaum akan menyumbang kepada perpaduan negara. Anda dikehendaki menyediakan satu kerja lapangan berdasarkan carta alir yang disediakan.
CARTA ALIR PROSES PENGHASILAN KERJA LAPANGAN
Langkah 1: Menyediakan Kertas Cadangan
Setiap kumpulan (kelas) dikehendaki membuat kertas cadangan berkaitan projek yang bersesuaian. Kertas cadangan perlu mengandungi tajuk, justifikasi pemilihan, objektif, metodologi, dan bajet.
Langkah 2: Memilih salah satu kaedah HIEPs di bawah
Kajian Kes (CAS):
Pelajar dikehendaki memilih satu isu yang terkandung dalam topik 4 kursus Pengajian Malaysia dan mempunyai kaitan secara langsung dengan pembentukan identiti kebangsaan dan pengukuhan semangat patriotisme. sila pilih salah satu isu dibawah:
i. Masyarakat majmuk dan perpaduan di Malaysia, Pelajar mengkaji kehidupan masyarakat majmuk di kawasan kajian dan elemen-elemen yang ada dalam pembentukan masyarakat perpaduan. contoh elemen perpaduan seperti pergaulan, komunikasi, makanan, pakaian dan sebagainya.
ii. Pemahaman dan penghayatan konsep rukun negara di kalangan masyarakat. pelajar membuat tinjaun pemahaman konsep rukun negara di kalangan komuniti.
Projek Khidmat Komuniti (SBL):
i. Pelajar dikehendaki memilih satu projek khidmat komuniti/ eksperimen Sosial.
ii. Contoh: Pelaksanaan Projek Patriotisme di sekolah atau di tempat-tempat yang difikirkan sesuai.
Projek Lawatan Ilmiah (CAS):
i. Pelajar dikehendaki memilih satu tempat yang relevan dan sesuai untuk dilawati.
Langkah 3: Laporan / Pembentangan
Setiap kumpulan dikehendaki membuat pembentangan dalam bentuk video/poster/ pameran/visual/persembahan dan sebagainya mengikut kreativiti pelajar.
FORMAT
TAJUK PROJEK
Masukan tajuk
JUSTIFIKASI PEMILIHAN
Nyatakan sebab-sebab pemilihan
OBJEKTIF
Nyatakan objektif
METODOLOGI
Kajian ini merupakan satu kes kajian mengenai ......................... dalam masyarakat
Kajian ini dijalankan secara bersemua dengan membuat lawatan ke .........................
Instrumen kajian yang digunakan ilah soalan secara terbuka dan jawapan direkodkan
Sampel kajian
adalah terdiri daripada penduduk kampung.............................
secara pemerhatian terus melalui ...........................
BAJET
Nyatakan perbelanjaan yang dikeluarkan
PEMBENTANGAN
Video, poster dll