ProfesSional Learning Community

PENGENALAN

PLC merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai 2009 sebagai satu usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara ke arah melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta cintakan negara.

Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus, mengerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan dalam merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan berkualiti di masa hadapan.

Perlaksanaan PLC yang berlaku secara santai ini bertindak sebagai satu medium pengajaran melalui proses kolaborasi antara guru dengan pelbagai pihak dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pengajaran dan dan pengajaran (PdP) di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah dalam memberi kepuasan dan minat yang mendalam ke atas diri setiap murid-murid  secara keseluruhannya.

Usaha murni ini selari dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu nilai tambah kepada guru-guru dalam perlaksanaan program tersebut. Namun begitu arahan wajib perlaksanan PLC daripada pihak atasan telah membuat guru merasa terbeban dengan penambahan tugsan tersebut hingga menjadi punca kepada hilangnya keseronokan dan nikmat dalam menjalankan tugasan di sekolah.


PLC KIT 

PLC KIT.pdf

ORGANISASI PLC KMJ

organisasi PLC.pdf