Selamat Datang!
Bermula pada semester hadapan 03/2022, pihak kolej telah bersetuju untuk membenarkan pebelajaran secara bersemuka. kemasukan pelajar akan dijalankan secara berperingkat.
Sila ikuti langkah dibawah untuk menyemak kelayakan anda untuk menghadiri kelas di kampus secara fizikal.
Sila semak nama anda di dalam senarai nama pelajar pada LANGKAH 1 di bawah. Jika nama anda tersenarai, anda akan menjalani kelas secara fizikal pada sem hadapan anda perlu meneruskan ke langkah seterusnya.
Sila sah status vaksinasi anda dengan mengisi borang di LANGKAH 2 di bawah
Mengisi borang permohonan untuk menetap di asrama pada LANGKAH 3. Berikut adalam memo dari pihak pengurusan asrama.
----- MEMO-------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Makluman kepada warga Kolej Mutiara.
KEMASUKAN SECARA BERPERINGKAT PELAJAR (KELAS FIZIKAL / OFF-LINE CLASS) UNTUK SEM 03/2022
📚 Pelajar yang akan mendaftar secara fizikal untuk SEM 03/2022 dipilih oleh pengurusan kolej berdasarkan kepada keutamaan mata pelajaran yang memerlukan kehadiran secara fizikal pelajar terlibat. Pihak pengurusan amat maklum mengenai kepayahan semua pelajar berkaitan dengan pembelajaran secara 'ODL'. Oleh sebab itu, pihak pengurusan akan membawa masuk pelajar untuk kelas fizikal secara berperingkat.
📚 Pelajar terlibat yang memerlukan penginapan asrama perlu mendaftar secara fizikal di asrama bermula 11hb - 13hb Mac 2022 (Jumaat - Ahad).
📚 Pelajar juga perlu mengisi maklumat pada borang di LANGKAH 3 di bawah sebelum 5hb Feb. 2022 untuk melancarkan proses pendaftaran di asrama. Setiap bilik asrama akan dihuni oleh 2 orang pelajar sahaja dengan bayaran sebanyak RM100 sebulan (tidak termasuk bayaran bil utiliti).
📚 Pelajar yang gagal untuk memohon penginapan dianggap tidak berminat untuk menetap di asrama.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi koordinator program:
1. DBM - PN. HAZIRA
2. DPM - EN. SYAM
3. DIA - PN. ROHAYA
4. DHM - PN. RAJA
Harap maklum dan terima kasih.
Unit Operasi Kolej Mutiara
-------------------------------------------------
Sila patuhi langkah-langkah berikut dan tepati tarikh-tarikh yang dinyatakan.
Terima Kasih.