PENGENALAN
Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) merupakan aktiviti sokongan dalam membudayakan KBAT yang berfokus kepada meningkatkan kemahiran dan keupayaan murid serta menjadikan mereka berpengetahuan, berkemahiran berfikir aras tinggi dan mempunyai daya saing di peringkat global.
Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) dilaksanakan sebagai persediaan guru dan murid bagi menghadapi PISA 2023 dan TIMSS 2023 Maka, selaras dengan usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ini dapatlah menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan dan pencapaian murid dalam bidang sains dan matematik.
Tempoh pelaksanaan bagi Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) adalah bermula 23 Oktober hingga 16 November 2023. Ianya dilakukan kepada dua kategori iaitu sekolah rendah dan menengah (tingkatan 1, 2,3 dan 4. Domain yang ditaksir adalah sains, matematik, bacaan dan kewangan. Kaedah menjawab boleh dilakukan secara online.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif bagi melaksanakan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) ini dengan menetapkan BERMULA tarikh 1 November 2023 untuk menjalankan pentaksiran tersebut.
TUJUAN PERLAKSANAAN
Kedudukan negara dalam pentaksiran atarabangsa masih belum berada di kelompok satu pertiga teratas dan tahap keupayaan murid untuk bersaing di peringkat global masih rendah. Murid perlu diberi pendedahan terhadap inisiatif #20 :Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran Abad ke-21.
KAEDAH PERLAKSANAAN
Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) dijalankan atas talian melalui GOOGLE FORM yang disediakan oleh pihak Bahagian Pengurusan Kurikulum (BPK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
SET SOALAN
Berikut merupakan soalan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) 2023.Setiap set soalan terbahagi kepada 4 Komponen iaitu : Bacaan, Sains ,Kewangan dan Matematik. Murid WAJIB menjawab kesemua komponen tersebut.
Sila pilih soalan mengikut tingkatan masing-masing.