a) Menggalakkan aktiviti sukan memanah khususnya di negeri Pulau Pinang
b) Mencungkil bakat baru dan perkongsian pengalaman bersama pemanah
c) Menggalakkan masyarakat mendekatkan diri dengan aktiviti riadah berfaedah
d) Membuka peluang kepada pemanah baru mengambil bahagian dalam pertandingan
1) Dewasa Lelaki
- TERHAD kepada 40 penyertaan sahaja
- Umur Pemanah : 18 tahun dan ke atas
- Jarak panahan : 15, 20 dan 25 meter
- Saiz kertas sasaran : 40 cm 10-rings
- Tiga (3) pusingan setiap jarak dengan Enam (6) anak panah
- Pemenang berdasar JUMLAH KESELURUHAN dari 3 jarak
2) Dewasa Wanita
- TERHAD kepada 40 penyertaan sahaja
- Umur Pemanah : 18 tahun dan ke atas
- Jarak panahan : 10 (40cm), 20 dan 25 meter (80cm)
- Saiz kertas sasaran : 40 cm & 80 cm 10-rings
- Tiga (3) pusingan setiap jarak dengan Enam (6) anak panah
- Pemenang berdasar JUMLAH KESELURUHAN dari 3 jarak
3) Remaja Lelaki
- TERHAD kepada 40 penyertaan sahaja
- Umur Pemanah : 13-17 tahun
- Jarak panahan : 15, 20 dan 25 meter
- Saiz kertas sasaran : 80 cm 10-rings
- Tiga (3) pusingan setiap jarak dengan Enam (6) anak panah
- Pemenang berdasar JUMLAH KESELURUHAN dari 3 jarak
4) Remaja Perempuan
- TERHAD kepada 40 penyertaan sahaja
- Umur Pemanah : 13-17 tahun
- Jarak panahan : 15, 20 dan 25 meter
- Saiz kertas sasaran : 80 cm 10-rings
- Tiga (3) pusingan setiap jarak dengan Enam (6) anak panah
- Pemenang berdasar JUMLAH KESELURUHAN dari 3 jarak
5) Cilik Lelaki
- TERHAD kepada 40 penyertaan sahaja
- Umur Pemanah : 12 tahun ke bawah (Lelaki & Perempuan)
- Jarak panahan : 10 & 15 meter
- Saiz kertas sasaran : 80 cm 10-rings
- Dua (2) pusingan setiap jarak dengan Enam (6) anak panah
- Pemenang berdasar JUMLAH KESELURUHAN dari 2 jarak
6) Cilik Perempuan
- TERHAD kepada 40 penyertaan sahaja
- Umur Pemanah : 12 tahun ke bawah (Lelaki & Perempuan)
- Jarak panahan : 10 & 15 meter
- Saiz kertas sasaran : 80 cm 10-rings
- Dua (2) pusingan setiap jarak dengan Enam (6) anak panah
- Pemenang berdasar JUMLAH KESELURUHAN dari 2 jarak
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
Pendaftaran dan penyertaan
- Mendaftar dan menyelesaikan yuran sebelum pertandingan
- Peserta bersetuju untuk mengikut ketetapan penganjur dan mematuhi peraturan keselamatan
- Peserta boleh mengendalikan alatan memanah dengan baik
- Peserta menggunakan peralatan sendiri mengikut syarat-syaratnya
Busur dan anak panah
- Busur tradisional sahaja, tanpa aksesori dan tanpa arrow shelf
- Batang anak panah bebas dengan field/bullet point sahaja
- Pemanah bebas menggunakan sebarang anak panah seperti fiberglass, buluh , kayu, aluminium atau karbon
Kaedah memanah
- Kaedah memanah : BEBAS* (digalakkan secara sisi) dan *STATIK (tiada pergerakan semasa memanah)
- Penggunaan 6 batang sejenis dan sama warna anak panah bagi setiap pusingan
Tambahan
- Hanya busur tradisional dibenarkan untuk semua kategori
- Boleh menggunakan side/back quiver
- Tidak membawa panah melintasi garisan memanah
- Pakaian bebas yang kemas, sopan dan sesuai untuk aktiviti memanah
- Perubahan jarak* / waktu memanah* mungkin dilakukan tertakluk kepada penyertaan
- Keputusan pengadil adalah muktamad
Kawalselia
- Pemeriksaan alatan akan dilakukan oleh Hakim pada setiap pusingan
- Pemanah tidak dibenarkan sama sekali membuat apa-apa tanda yang boleh digunakan sebagai sight
- Sentiasa mematuhi arahan DOS dan Hakim
- Sentiasa menjaga KESELAMATAN sendiri dan peserta lain
Halangan
- Pemanah tidak dibenarkan menggunakan busur jenis Rolan atau sejenis yang mempunyai 'arrow shelf / rest'
- Pemanah tidak dibenarkan menggunakan bow yang mempunyai 'window' melebihi 1/2 handle
- TIDAK mengambil atau menyentuh alatan orang lain tanpa kebenaran
- TIDAK mencabut anak panah dari sasaran sehingga semua catatan markah disahkan
- TIDAK mencabut anak panah orang lain
Perlepasan
- Penganjur berhak melakukan perubahan jadual tertakluk kepada jumlah penyertaan
- Penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa syarat
Kostum tradisional amatlah digalakkan!
Event Timing: May 1st 2018 0700 - 1800
Event Address: PADANG SURAU JABATAN LAUT JALAN AKUARIUM 11700 GELUGOR, PENANG
WAZE LANDMARK: JABATAN LAUT WILAYAH UTARA
Contact us at 012 4922141 ZAHAMIZAL (SETIAUSAHA PETAL 2)