PERUNDANGAN & PENGUATKUASAAN
TENTANG UNIT PERUNDANGAN MDSB
Unit Perundangan mulai diwujudkan pada 1 Februari 2009, selaras untuk memenuhi tuntutan perundangan serta merealisasikan penguatkuasaan undang-undang di dalam daerah Sabak Bernam agar menjadi lebih telus, adil dan berkesan. Unit Perundangan ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Undang-Undang (L 29) dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir P/O (N 19) serta Pembantu Penguatkuasa (KP 19).
Fungsi Unit Perundangan
Memberikan khidmat nasihat berkaitan perundangan kepada MDSB demi melindungi kepentingan, kekebalan dan hak-hak MDSB;
Bertanggungjawab dalam memastikan sebarang penggubalan, pindaan dan pewartaan undang-undang dilakukan dengan teliti sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang;
Menyediakan serta membuat kajian, pindaan dan juga semakan ke atas dokumen-dokumen perjanjian, kontrak dan sebagainya
Menyenggara urusan berkaitan perlantikan atau penamatan khidmat panel peguam MDSB;
Menyenggara urusan kes-sivil MDSB;
Berfungsi sebagai unit pendakwaan MDSB bagi kes-kes perlanggaran undang-undang yang melibatkan MDSB di Mahkamah;
Mengkompaun kesalahan yang dilakukan di bawah mana-mana undang-undang yang sedang digunapakai MDSB;
Menyenggara dokumentasi berkaitan surat perwakilan kuasa; dan
Bertanggungjawab dalam memastikan segala aktiviti mengurus, menyimpan dan mengemaskini dokumen perundangan menjadi lebih mudah, sistematik dan selamat